Sep 4, 2009

Keberkatan Ramadan

Berakhirnya Syaaban yang mulia,
bulan persediaan ummat manusia,
menanti dengan penuh setia,
kehadiran ramadan yang bahagia.

berpuasa satu kewajipan,
bagi seluruh ummat Islam,
tiada alasan atas kekurangan,
selagi Allah dan Rasul jadi pegangan.

ramadan...setahun hanya sekali.
ramadan...hadirmu diinsafi.
ramadan...lailatul qadar dicari...
ramadan...pergimu...ditangisi....

Ya Allah...
Ku bermohon...
Kurniakanlah RahmatMu,
Kurniakanlah PengampunanMu,
Hindarilah daku dari NerakaMu,

Ya Allah,
ku berdoa,
pertemukanlah daku,
ramadan penuh barakah.

Aug 1, 2009

You Are Not Alone "Michael Jackson"

"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Jul 23, 2009

PANGKOR 2009

Tanggal 7 hb Julai 2009, seramai 44 orang pelajar kelas PPISMP 3A dan 3B serta 9 orang pensyarah pengiring telah menyertai Perkhemahan Sukan dan Rekreasi di D` Senja Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.

Kami telah bertolak dari IPGM Kampus Bahasa Melayu pada pukul 9 pagi. Perjalanan dari IPG ke Jeti Lumut selama 4 jam. Dalam perjalanan itu, kami telah berhenti rehat di Hentian Rehat Rawang selama 1/2 jam. Tiba di Jeti Lumut, kami menaiki feri pada pukul 2 petang dan tiba di Jeti Pangkor pada pukul 2.45 dan seterusnya ke tapak perkhemahan lebih kurang 20 minit dari jeti.Tak dapat aku bayangkan kami terpaksa berhimpit dengan barang yang terlalu banyak di dalam bas yang kecil pada waktu itu.

Tentunya perkara pertama yang dilakukan setibanya di sana ialah aktiviti kraf perkhemahan. Keadaan agak kelam kabut kerana tapak ini bukannya lokasi awal yang dirancang. Tempat ini lebih kecil berbanding tempat yang asal. Bagi kumpulan yang ditugaskan untuk memasak, mereka terpaksalah bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan sementara kumpulan lain sedang sibuk menyiapkan khemah dan diri masing2.

Aktiviti seterusnya ialah Water Confident, asas kayak dan snorkeling dan asas menyelamat. Aktiviti pada malam tu tak banyak. Yang banyaknye, kena leter...

08 Julai 2009....
6 kumpulan yang dibentuk dipecahkan kepada 2 bahagian, yang mana satu kumpulan akan melakukan aktiviti jungle tracking dan orienteering dan satu lagi akan menyertai kayak sejauh 6 km. selepas kedua-dua aktiviti selesai, kami semua seterusnya melakukan aktiviti flying fox dan absealling. yang mana kena masak, tetap akan masak.heheh...

malam tue, kena leter lagi...penat doh dengar...

09 Julai 2009....

Aktiviti pada waktu pagi tetap sama...cuma bertukar kumpulan jela...
selepas aktivit tue, terus pi snorkeling..best woi...ikan besar peha...warna pun cantik2..... ni lah pengalaman yang tak dapat aku lupakan.....

malam ni adalah malam kebudayaan. kumpulan aku kena tarian zapin dan endang.. ni mmg dah dirancang dari awal sebab tak cukup masa nak berlatih kat camp site.. kumpulan lain kena persembahkan dikir barat dan boria... lupa lak, tema pada malam ni ialah Kebudayaan Melayu....

Dikir Barat tempat pertama, Zapin Ke-2, dan Boria Ke-3... Malam ni jugak, ada berbeku... best la jugak... tapi malam ni jugak, sume tak tido sebab kena kemas awal supaya esok ;pagi cepat balik....

10 Julai 2009...

Sume barang dah dikemaskan dan diperiksa satu persatu....
Lepas tue, sume berkumpul untuk Majlis Penutup Perkhemahan...
Kumpulan Aku, Delta Force dapat kumpulan terbaik untuk perkhemahan kali ini...
Kami bertolak balik pada pukul 11.45 dari Jeti Pangkor ke Jeti Lumut....setibanya di sana, tibalah masa untuk cari cenderahati dan seterusnya makan...lepas makan, yang mana rasa dirinya lelaki terus pi Solat Jumaat, WAJIB!!!...

Bas bertolak pada pukul 2.30 petang dan tiba di IPG pada pukul 7 malam...Sebabnya, KL jem... tu je lah Perkhemahan Sukan dan Rekreasi Pangkor 2009...

Jul 6, 2009

PANGKOR!!!

esok, 7 hb Julai 2009, tibanya hari yang dinanti...
aku akan ke Pulau Pangkor untuk menikmati hari yang tiada rehat selama 4 hari....
bukan untuk bercuti tau, tapi untuk subjek PJ aku gak... Pendidikan Luar
(sukan dan rekreasi)...

aku jadi ajk pengangkutan...
kelam kabut jugak nak tempah bas. pastu nak pi surekan ngan org kat pangkor tue...
maklumlah, program besar jugak..nanti dah balik, aku akan postkan gambar kat sini...
tue pun kalu dapat cilok daripada kamera member2 aku...hahah...
okla...papehal, email k....

Jun 27, 2009

New Semester

Semester baru dah bermula...
aku sekarang kat part 3 (baru persediaan)...
rasanya semester nie subjek agak ringan tapi subtopik macam berat je...
semester ni dapat rasa bilik yang baru sudah dibaiki...TINGKAT 12...tinggi...

aku sebenarnya tak tau nak tulis apa...

cuma nak mintak tolong sesape yang baca blog ni, tolong emailkan nota2 yang semester 3 untuk ppismp BM, PJ, Pengajian Sosial... tq...

Jun 12, 2009

Sunyi sungguh cuti....

cuti ini sangat membosankan...
ingat ke cuti ni dapat la pergi kem...
cancel pulak last minute...

hurm...
takder sesape pun yang contact melainkan bakal isteri je..huhuhuh...
kawan2 aku pe khb ek...
time cuti je sumenya senyap sunyi tiada khb berita...
termasuk aku sendiri...

awy..amacam cuti ni...ok tak?ader pape yang menarik...
share la kat blog...aku pun nak tahu gak...
mentang2 dah dapat awek penang, terus lupakan aku...

untuk pelajar SMKTM yang baca email cikgu ni, tlg send email kat cikgu kalau ader pape yang cikgu boleh tlg...kalu ader yang nak gambar jugak, email k...ader mase nanti, cikgu akan email kan...remind me k...
ni email nya... shokin89@yahoo.com...

buat sume yang baca blog nie, comment la sket2 k...untuk perubahan dan penambahbaikan blog ini..

salam...

Jun 5, 2009

Kenangan Bersama Kamu....

Huh...
akhirnya setelah berhempas pulas di Kem Perdana Bersama SMKTM...,
dapat jugak M balik kampung...jumpa mak and abah...
dapat tengok muka diorang sekejap pun ok la kan...

untuk anak2 didik di Kem Perdana,
ingat pesan Cikgu ari tu,
jangan buat perangai lak...
bagi yang nak exam tue,
usaha, doa, tawakal...
solat jangan tinggal...
semoga dapat keputusan yang cemerlang...
InsyaAllah, panjang umur, kita jumpa lagi...
Salam...

(sedikit kenangan di sana)
(gambar yang lain, nanti cikgu e-mail...lambat sket k)


May 30, 2009

Kem Kepemimpinan Badan Beruniform

Tarikh: 29hb Mei 2009
Tempat : Taman Wetland Putrajaya
Sekolah : SMK Taman Melati, Gombak, Selangor
Jumlah Pelajar : 59 orang
Fasilitator : Bakal Guru IPG

Refleksi :

Aku bersama2 dengan 4 rakan fasilitator yang lain tiba pada pukul 4 petang tadi...
Yang kelakarnya, tersilap tapak perkhemahan disebabkan ada sekolah yang lain yang turut berada di kawasan perkhemahan yang berhampiran...
Jenuh mencari...

Semasa pelajar lain sedang solat jumaat, aku bersama awi, roomate aku, menguruskan pelajar non-muslim and jugak yang tak boleh sembahyang tue...paham2 jelah...

berlangsunglah sesi suai kenal dulu, dah sesi refleksi individu yang terawal...
maklumlah, bdan beruniform...mesti kena ada kriteria nya....
takkan lah kosong je diri kan...

9.00 mlm...
sesi ice breaking dimulakan...
sesi ini dimulakan dengan mengarahkan semua pelajar melukis wajah sendiri...
sume ada, cantik, huduh, lawa, petak, bujur dan takde rupa pun ada...
tujuannya adalah untuk membahagikan kumpulan..
budak2 tue dah tak keruan dibuatnya...masing2 macam anak ilang ibu..
hilang arah tuju...
tak faham kot...

nak abis tue, ader lak fasi2 nie pi brain wash budak2 tue awal2
kesian aku tgk...
sampai menangis...
mau taknya....ditimbulkan hal mak ayah...sume mata merah je...
tak tau la ngantok ke or mmg terasa...

dah abis sume....
kul 12 lebih jugak....
malam ni tido awal sket...
esok ada aktiviti menarik tue....
meronda-ronda kawasan wetland...
huhu
chow...tdo dulu....

May 28, 2009

CUTI BERMULA!!!

AKHIRNYA...
minggu exam telah berakhir dengan jayanya...
semoga mendapat kejayaan yang cemerlang haniff!!!!
hehehe...doa untuk diri sendiri....
sesapa yang baca nie, tlglah doakan ek....

aku dah silap tarikh ari tue, bukan 28, tapi 29 ari bulan baru pi wetland...
huhuhu...
rosak plan A...
hurm...tak perlah...
ari jumaat lepas je solat jumaat..terus pi wetland...
bersedialah untuk menjalankan tugas yang pertama sebagai guru motivasi kat sana...
hahaha.gelak sorang....

kem abis 31 ari bulan....
2 ari bulan baru balik TRG...
aku nak buat pe 1 hb bulan tue...
nak duk mana ek...
nak duk asrama..dah kena daftar keluar dah pagi jumaat tue...
hurm....
ada cadangan...?

apa2 cadangan boleh kemukakan di sini ye....
salam...

May 26, 2009

detik-detik terakhir perjuangan...

26 mei 2009
2.30 - 3.45 ptg..
exam Bahasa Melayu 2 : Kemahiran Berbahasa Lisan & Kesusasteraan Melayu...

ptg esok adalah hari terakhir peperiksaan...
takut dan tak sabar rasanya nak melepasi saat itu...
study pun baru sket je...
kalu tak dapat 3.6 above, mati aku...huhuh
spot pun ntah pape je...
pening aku nak baca...

28 hb nie nak pi Wetland, Putrajaya...
nak kena attend kem lak kat sana...
first experience aku sebagai fasilitator....
handle budak uniform lak tue...
hurm....
aku harap aku berjaya handle kem nie sebagai permulaan kejayaan aku di masa akan datang...
dengan bantuan rakan2 yang padu, aku akan berjaya...
dengan restu Allah S.W.T jugak...
Amin....

May 24, 2009

aku...

lusa exam PJ then BM2
kawan2 aku rajin study
roommate slumber je
dota and general in his hand
hhuhuh
aku jugak yang bosan
nak main game,, dah brapa kali busted..
nak study?..asyik ngantuk je bile sentuh buku..
tambah pulak nota takder
risau gak aku time exam nanti...
apelah aku nak jawab...
heheh...apa susah..goreng sudah...
tapi...
aku dah janji nak upkan pointer aku..
sem lepas dah 3 point something....
sem nie pun nak sama gak...
hurm...
k lah..
aku nak study...
nak tambah azam baru...
huhu

May 22, 2009

lepas satu tekanan...

habis je paper PS ari nie,
aku tak tahu sama ada nak tarik nafas lega atau aku perlu bimbang..
nak tahu kenapa?...
spot yang diberi mmg lah kena...
tapi bagi pulak fakta yang rasanya...TAK RAMAI YANG TAHU...
blur aku hari nie...sangatlah blur...

aku pun tak tahu la nak kata macam mana....
tue yang aku duk mengarut nie...
dah la semalam tak tidor, pagi terus pi exam macam orang giler...
jawapan ntah paper...tue sebb soklan yang mengarut je bagi...

tu je luahan aku hari nie...
salam...

May 21, 2009

Luahan rasa...

3 paper lagi tinggal!!!
pengajian sosial cam bangang je nak jawab...
pe hal la gabung banyak2 satu sem...
75 jam kredit lak tue...nak exam 1 jam 15 min je...
isnin ni pulak pj....selasa pulak bm2...
hurm...
sem nie mmg banyak tekanan....
lec pun ada yang tak memahami...
suke ati je nak marah...
tak balas msg dia pun marah..
suke ati aku ar kredit aku!!!
luahan realiti...

Semester nie agak teruk sket...
tapi itu yang lebih membuatkan aku memahami keadaan di IPGM...
banyak mende yang aku blajar semester nie...
karenah pelajar, lecturer, jabatan dan pentadbiran...
tambah pulak dengan staf sokongan..
pape hal pun...aku sayang IPG aku...
cuma...IPG aku nie susah nak terima perubahan la....
asyik duk terbantut kat cara lama je...
cara orang baru tak nak terima...
katanya tak sesuai dengan imej IPG...

kalaulah boleh...
aku nak je IPG ni jadi macam IPT lain...
disatukan Lambang IPG...
Menyanyikan lagu yang sama...
berada dibawah cara pentadbiran yang lebih kemas dan sistematik...
kurangnya unsur birokrasi...
sume IPG mempunyai visi dan misi yang sama...
namun nama kampus yang berbeza itu...biar je la...

aku dapat bayangkan...
betapa megahnya pelajar IPG nanti...

Feb 18, 2009

perihatin dan amatilah...

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah


Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ¿matahari¿

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud ¿kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan¿!!!!

7) SIROTHOLLAZI¿¿¿¿. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA¿dua harakat, MIN¿. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

Feb 13, 2009

RENUNGAN

Tiada Kekayaan yang lebih utama daripada akal...

Tiada Kepapaan yang menyedihkan daripada kebolehan

Tiada Warisan yang lebih baik daripada pendidikan dan...

Tiada Pembantu yang lebih baik daripada Musyawarah... SERTA...

Tiada saudara yang lebih baik daripada mengasihi orang lain berbanding dengan dirinya sendiri...

kawan

semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam...

hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam...

esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan...

hari - hari yang mendatang kita akan terus berkawan kerana kita ada azam...

Tapi, ANDAI esok Tiada LAGI...kita tetap kawan...kawan selamanya...

WALAUPUN DALAM KENANGAN

Jan 30, 2009

new updated boss

syukurlah...dapat jugak aku update blog aku..
hehehe

hurm..aku bersyukur jugak sebab kawan aku dah sedar..dah ok dah..

dia pun dah kol aku baru nie...
tapi masih lemah lagi lah..

hal lain pulak...
wei awie...bile ko nak balik ha.
tak puas lagi ke berduaan ngan pehe...

hehehe...jgn mare...
aku tak tau nak tulis aper...kebuntuan buat masa nie...

laksa penang satu time balik nanti...nak panas tau...
sjuk2 tak main ar...

pape hal msg sku...download baby...

Jan 20, 2009

bacalah..

hari2ku  ditepuh dengan semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang pendidik...

tetapi...

adakah aku akan menjadi pendidik yang baik suatu hari nanti...

fikiran ku dibelenggu...

itu adalah renunganku untuk masa depan...

kembali kepada waktu sekarang...

aku merasa kurang selesa dengan beberapa classmate ku..
hal ini adalah kerana sindirang mereka terhadapku..
mungkin bagi mereka adalah sekadar gurauan..
tapi...bagiku...ia adalah hak peribadiku...
tidak perlu untuk aku nyatakan apakah sindiran itu...
biarku simpan sendiri..

thanks to my roomate awie..
aku pun tak sangka akan menjadi roomatenya..
ini kerana tiada yang mendaftar bersamaku ketika hari pertama..
sedangkan namaku adalah yang teratas dan terawal dalam senarai...
mungkin aku ada kesilapan..
kalau ada, tegurlah aku..jangan biarkan aku mengulagi kesilapan yang sama.

bagi yang mengenaliku, mungkin tidak tahu aku adalah orang yang open minded...
aku tak kisah sekiranya kesilapan dan kekhilafan aku ditegur...
lebih baik daripada aku dikutuk dan dibiarkan meneruskan sesuatu yang tidak sepatutnya..

setakat nie dulu...

kesedihan...

baru sahaja sebentar tadi..aku menerima perkhabaran yang mengejutkan...
salah seorang rakanku, Kapten Niezam sedang koma di wad icu...
aku terkejut kerana baru sahaja beberapa hari yang lepas, beliau menelefonku...
dan baru shaja 2 hari lepas, beliau menghantar pesanan ringkas kepada ku...
aku rasa bersalah krana tidak sempat membalasnya kerana akaun prepaidku telah habis...

kepada rakan2ku, tolonglah doakan kesembuhan rakanku Muhammad syahrul Nizam...

Ya Allah, Kau berikanlah Kekuatan kepada sahabatku dan Kau sembuhkanlah dia supaya dia dapat menjalani kehidupan normal kembali... Berikanlah kepadanya peluang untuk menikmati hidup selepas ini sekiranya Kau masih ingin memberikannya peluang...Aku mohon Kepada-Mu Ya Allah...
sesungguhnya Kau lah maha Penyembuh, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

boikot?...

Gaza merana akibat kerakusan rejim zionis Israel Laknatullah...
seluruh dunia hanya mampu mengecam....

namun adakah dengan mengecam akan mampu menghentikan serangan setan-setan bertopengkan manusia tue..

tealh banyak yang aku baca...kebanyakkan negara Islam hanya mampu mengecam dan mengutuk tindakan Israel Laknatullah..
namun adakah tindakan susulan?.

Terbaru di Malaysia, kerajaan mengeluarkan usul untuk memboikot barangan keluaran US dan Israel Laknatullah.. setakat mana ia mampu berjaya...

pada pandangan aku yang tak berapa tahu ttg ekonomi....
untuk apa rakyat memboikot produk terbabit sedangkan negara telah megalirkan wang ke dalam negara mereka dengan membayar import kepada mereka...sama seperti kita sendiri telah mengalirkan wang kepada mereka...

setelah barangan berada di dlam negara kita, barangan itu adalah hak kita kerana kerajaan kita telah membeli produk itu.... 
jadi, sama seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ia berjalan mengereng...

sepatutnya, kita tidak harus mengimport barangan yang terbabit dari awal lagi..sekat barangan itu di pelabuhan daripada masuk ke dalam negara... 

lagi mudah, kosongkan barangan yang terbabit daripada rak-rak di pasaraya... 

jadi paabila tiada brangan, tiada lah pembelinya...

sekarang, kita kembali kepada dunia nyata...
kita memboikot sekadar untuk menunjukkan kita perihatin..
tapi apa gunanya kita memboikot sedangkan kerajaan kita sendiri menggunakan barangan negara terbabit...

bayangkan berapa banyak produk pejabat keluaran negara luar.
jangan kita fikir negara terbabit hanya mengeluarkan produk barangan asas sahaja..
fikir logik lah...

kita telah lama dijajah minda...tunggu masa nak jadi macam Gaza je...
kita banyak mengadaptasikan kebudayaan barat baik dari segi pemakaian, pentadbiran dan sekarang ni, rakyat mula mengagungkan negara barat...

dari segi hiburan, bagaimana artis barat dengan mudah mendapat tempat untuk menjalankan konsert di dalam negara kita sedangkan artis tempatan sangat sukar untuk mendapat market dalam negara sendiri...
  
fikirlah bagaimana kita dijajah dari segi pemikiran...

wahai manusia dan umat islam khususnya,,,,, kembali kepada alam nyata...fikir dan bertindak sebelum kita menjadi seperti Gaza...

jangan lupa untuk kita melakukan solat hajat dan mendoakan supaya roh-roh saudara kita bersemadi dengan tenang dan ditempatkan di tempat yang mulia di akhirat kelak...
sumbangan tidak semestinya dengan wang..cukup sekadar bersolat hajat dan berdoa kepada Allah S.W.T... salam...

Jan 19, 2009

P/S kepada rakan...

hidup hanya sementara!...
berkawan biar beribu, bercinta biar satu..
namun cinta yang abadi (kepada ALLAH S.W.T)

janganlah kita leka dibuai arus keseronokan dunia...
janganlah kita leka dengan pujian hipokrit..
yang hanya datang ketika kita dipuncak kejayaan..
yang hanya singgah di cuping telinga yang dipinjamkan...

saat kita jatuh, hanya yang setia akan menjadi peneman.
saat kita jatuh, yang datang hanya cacian.
yang paling banyak kita dengar "Sabar", "Tabah"

Sabar separuh daripada Iman....
Tidak disangkal...
Namun bagiku, Sabar itu sendiri adalah Iman...

aku menulis bukan kerana ingin menasihati...
aku menulis sekadar melunaskan hutang yang terbuku di hati...
aku menulis kerana ingin berkongsi...
aku menulis sekadar mahu luahanku diamati...

bagi yang setia, teruskanlah kesetiaan anda,
bagi yang ragu2, binalah kesetiaan anda,
bagi yang berpura2, hentikanlah perbuatan anda,
jadilah Insan Yang Setia Kepada Apa Sahaja...
Diri Anda, Ibu Bapa Anda, Rakan Anda dan Yang Paling Penting Agama, Akidah Dan Akhlak Anda...

Nukilan MoH@R

Kisahku...

Salam kepada sesiapa sahaja yang "view" blog nie...
kehadiranku bukan untuk menyemakkan lagi ruang blog yang semakin banyak, namun sekadar untuk mencari rakan untuk dijadikan sebagai peneman hidup untuk berkongsi segalanya (bukan peribadi)....

sejarah mengajarku mengenal dan merenung kembali siapa aku sebenarnya..
aku adalah ciptaan Allah S.W.T yang diciptakan daripada titisan air mani yang hina(sifat sebenar jika diketahui umum). telah ditakdirkan untuk aku dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.
sejak kecil aku telah dipelihara sebagaimana anak-anak kecil yang lain.

aku juga ditakdirkan untuk dilahirkan dalam keluarga yang sederhana...kehidupan yang sebegini menuntutku untuk tidak terlalu bergantung untuk mendapat apa sahaja sewenangnya dalam kehidupan ku...itu adalah lampau..

SPM 2006 sepatutnya menjadi platform untukku berjaya dan cemerlang. Namun sebaliknya yang berlaku, aku mendapat keputusan yang agak memeranjatkan para guru dan juga ibubapaku...

Syukur Allah masih menyayangiku, aku berjaya mendapat tempat di sebuah pengajian tinggi di Melaka dalam bidang yang mungkin sesuai dengan diriku (kata guruku). baru sahaja beberapa minggu, aku telah mengenali seorang gadis yang kini menjadi peneman hidupku...mungkin saja bakal isteriku.....Jodoh....

setelah setahun, aku telah berhenti pengajian...atas sebab2 yang tertentu...aku memohon pula untuk meneruskan kerjayaku dalam bidang pendidikan..permohonanku berjaya dan temudugaku berjalan lancar...aku diterima masuk ke sebuah IPGM di Kuala Lumpur...

14 Julai 2008, tarikh aku mendaftar masuk ke IPG...semester pertama berjalan lancar.... terdetik di hati, "kalaulah aku mengikuti temudugaku yang pertama pada tahun 2007, sudah tentu aku berada di sini dan mungkin sekarang semester yang ketiga bagiku"...

namun, aku tidak perlu menyesal kerana mungkin takdir yang menetapkan hidupku sebegini...

Sekarang, aku berada di Semester ke-2 Persediaan sebelum memasuki Peringkat Ijazah..
aku telah melalui pengalaman yang agak memerlukan persediaan mental dan fizikal sepanjang semester pertama..Karenah rakan, pensyarah, pihak pentadbiran..dan juga teman hidupku yang mungkin kurang mengerti kerana aku meninggalkannya sendirian di Kampus lamaku..

Masa depanku yang tercatat di sebuah kertas menjanjikan kerjayaku sebagai seorang pendidik.
aku bakal menggalas tanggungjawab yang besar.. tercatat pahala dan dosa yang mungkin menjadi igauan aku sepanjang masa.. salah didikan, aku yang berdosa. jika ilmuku diguna sepanjang zaman, mungkin pahalaku bercambah....Allah sahaja yang tahu...

aku harap hari yang mendatang akan lebih mematangkanku dalam realiti kehidupan ini..Janganlah Allah menarik kembali kehidupanku sebelum aku benar2 bersedia untuk meninggalkan destinasi sementara ini...

kepada pembaca blog ini, doakan agar aku berjaya dan aku juga mendoakan kalian.walau siapapun kalian, kalian tetap sahabatku..

Bakal Pendidik....