Jan 30, 2009

new updated boss

syukurlah...dapat jugak aku update blog aku..
hehehe

hurm..aku bersyukur jugak sebab kawan aku dah sedar..dah ok dah..

dia pun dah kol aku baru nie...
tapi masih lemah lagi lah..

hal lain pulak...
wei awie...bile ko nak balik ha.
tak puas lagi ke berduaan ngan pehe...

hehehe...jgn mare...
aku tak tau nak tulis aper...kebuntuan buat masa nie...

laksa penang satu time balik nanti...nak panas tau...
sjuk2 tak main ar...

pape hal msg sku...download baby...

Jan 20, 2009

bacalah..

hari2ku  ditepuh dengan semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang pendidik...

tetapi...

adakah aku akan menjadi pendidik yang baik suatu hari nanti...

fikiran ku dibelenggu...

itu adalah renunganku untuk masa depan...

kembali kepada waktu sekarang...

aku merasa kurang selesa dengan beberapa classmate ku..
hal ini adalah kerana sindirang mereka terhadapku..
mungkin bagi mereka adalah sekadar gurauan..
tapi...bagiku...ia adalah hak peribadiku...
tidak perlu untuk aku nyatakan apakah sindiran itu...
biarku simpan sendiri..

thanks to my roomate awie..
aku pun tak sangka akan menjadi roomatenya..
ini kerana tiada yang mendaftar bersamaku ketika hari pertama..
sedangkan namaku adalah yang teratas dan terawal dalam senarai...
mungkin aku ada kesilapan..
kalau ada, tegurlah aku..jangan biarkan aku mengulagi kesilapan yang sama.

bagi yang mengenaliku, mungkin tidak tahu aku adalah orang yang open minded...
aku tak kisah sekiranya kesilapan dan kekhilafan aku ditegur...
lebih baik daripada aku dikutuk dan dibiarkan meneruskan sesuatu yang tidak sepatutnya..

setakat nie dulu...

kesedihan...

baru sahaja sebentar tadi..aku menerima perkhabaran yang mengejutkan...
salah seorang rakanku, Kapten Niezam sedang koma di wad icu...
aku terkejut kerana baru sahaja beberapa hari yang lepas, beliau menelefonku...
dan baru shaja 2 hari lepas, beliau menghantar pesanan ringkas kepada ku...
aku rasa bersalah krana tidak sempat membalasnya kerana akaun prepaidku telah habis...

kepada rakan2ku, tolonglah doakan kesembuhan rakanku Muhammad syahrul Nizam...

Ya Allah, Kau berikanlah Kekuatan kepada sahabatku dan Kau sembuhkanlah dia supaya dia dapat menjalani kehidupan normal kembali... Berikanlah kepadanya peluang untuk menikmati hidup selepas ini sekiranya Kau masih ingin memberikannya peluang...Aku mohon Kepada-Mu Ya Allah...
sesungguhnya Kau lah maha Penyembuh, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

boikot?...

Gaza merana akibat kerakusan rejim zionis Israel Laknatullah...
seluruh dunia hanya mampu mengecam....

namun adakah dengan mengecam akan mampu menghentikan serangan setan-setan bertopengkan manusia tue..

tealh banyak yang aku baca...kebanyakkan negara Islam hanya mampu mengecam dan mengutuk tindakan Israel Laknatullah..
namun adakah tindakan susulan?.

Terbaru di Malaysia, kerajaan mengeluarkan usul untuk memboikot barangan keluaran US dan Israel Laknatullah.. setakat mana ia mampu berjaya...

pada pandangan aku yang tak berapa tahu ttg ekonomi....
untuk apa rakyat memboikot produk terbabit sedangkan negara telah megalirkan wang ke dalam negara mereka dengan membayar import kepada mereka...sama seperti kita sendiri telah mengalirkan wang kepada mereka...

setelah barangan berada di dlam negara kita, barangan itu adalah hak kita kerana kerajaan kita telah membeli produk itu.... 
jadi, sama seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ia berjalan mengereng...

sepatutnya, kita tidak harus mengimport barangan yang terbabit dari awal lagi..sekat barangan itu di pelabuhan daripada masuk ke dalam negara... 

lagi mudah, kosongkan barangan yang terbabit daripada rak-rak di pasaraya... 

jadi paabila tiada brangan, tiada lah pembelinya...

sekarang, kita kembali kepada dunia nyata...
kita memboikot sekadar untuk menunjukkan kita perihatin..
tapi apa gunanya kita memboikot sedangkan kerajaan kita sendiri menggunakan barangan negara terbabit...

bayangkan berapa banyak produk pejabat keluaran negara luar.
jangan kita fikir negara terbabit hanya mengeluarkan produk barangan asas sahaja..
fikir logik lah...

kita telah lama dijajah minda...tunggu masa nak jadi macam Gaza je...
kita banyak mengadaptasikan kebudayaan barat baik dari segi pemakaian, pentadbiran dan sekarang ni, rakyat mula mengagungkan negara barat...

dari segi hiburan, bagaimana artis barat dengan mudah mendapat tempat untuk menjalankan konsert di dalam negara kita sedangkan artis tempatan sangat sukar untuk mendapat market dalam negara sendiri...
  
fikirlah bagaimana kita dijajah dari segi pemikiran...

wahai manusia dan umat islam khususnya,,,,, kembali kepada alam nyata...fikir dan bertindak sebelum kita menjadi seperti Gaza...

jangan lupa untuk kita melakukan solat hajat dan mendoakan supaya roh-roh saudara kita bersemadi dengan tenang dan ditempatkan di tempat yang mulia di akhirat kelak...
sumbangan tidak semestinya dengan wang..cukup sekadar bersolat hajat dan berdoa kepada Allah S.W.T... salam...

Jan 19, 2009

P/S kepada rakan...

hidup hanya sementara!...
berkawan biar beribu, bercinta biar satu..
namun cinta yang abadi (kepada ALLAH S.W.T)

janganlah kita leka dibuai arus keseronokan dunia...
janganlah kita leka dengan pujian hipokrit..
yang hanya datang ketika kita dipuncak kejayaan..
yang hanya singgah di cuping telinga yang dipinjamkan...

saat kita jatuh, hanya yang setia akan menjadi peneman.
saat kita jatuh, yang datang hanya cacian.
yang paling banyak kita dengar "Sabar", "Tabah"

Sabar separuh daripada Iman....
Tidak disangkal...
Namun bagiku, Sabar itu sendiri adalah Iman...

aku menulis bukan kerana ingin menasihati...
aku menulis sekadar melunaskan hutang yang terbuku di hati...
aku menulis kerana ingin berkongsi...
aku menulis sekadar mahu luahanku diamati...

bagi yang setia, teruskanlah kesetiaan anda,
bagi yang ragu2, binalah kesetiaan anda,
bagi yang berpura2, hentikanlah perbuatan anda,
jadilah Insan Yang Setia Kepada Apa Sahaja...
Diri Anda, Ibu Bapa Anda, Rakan Anda dan Yang Paling Penting Agama, Akidah Dan Akhlak Anda...

Nukilan MoH@R

Kisahku...

Salam kepada sesiapa sahaja yang "view" blog nie...
kehadiranku bukan untuk menyemakkan lagi ruang blog yang semakin banyak, namun sekadar untuk mencari rakan untuk dijadikan sebagai peneman hidup untuk berkongsi segalanya (bukan peribadi)....

sejarah mengajarku mengenal dan merenung kembali siapa aku sebenarnya..
aku adalah ciptaan Allah S.W.T yang diciptakan daripada titisan air mani yang hina(sifat sebenar jika diketahui umum). telah ditakdirkan untuk aku dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.
sejak kecil aku telah dipelihara sebagaimana anak-anak kecil yang lain.

aku juga ditakdirkan untuk dilahirkan dalam keluarga yang sederhana...kehidupan yang sebegini menuntutku untuk tidak terlalu bergantung untuk mendapat apa sahaja sewenangnya dalam kehidupan ku...itu adalah lampau..

SPM 2006 sepatutnya menjadi platform untukku berjaya dan cemerlang. Namun sebaliknya yang berlaku, aku mendapat keputusan yang agak memeranjatkan para guru dan juga ibubapaku...

Syukur Allah masih menyayangiku, aku berjaya mendapat tempat di sebuah pengajian tinggi di Melaka dalam bidang yang mungkin sesuai dengan diriku (kata guruku). baru sahaja beberapa minggu, aku telah mengenali seorang gadis yang kini menjadi peneman hidupku...mungkin saja bakal isteriku.....Jodoh....

setelah setahun, aku telah berhenti pengajian...atas sebab2 yang tertentu...aku memohon pula untuk meneruskan kerjayaku dalam bidang pendidikan..permohonanku berjaya dan temudugaku berjalan lancar...aku diterima masuk ke sebuah IPGM di Kuala Lumpur...

14 Julai 2008, tarikh aku mendaftar masuk ke IPG...semester pertama berjalan lancar.... terdetik di hati, "kalaulah aku mengikuti temudugaku yang pertama pada tahun 2007, sudah tentu aku berada di sini dan mungkin sekarang semester yang ketiga bagiku"...

namun, aku tidak perlu menyesal kerana mungkin takdir yang menetapkan hidupku sebegini...

Sekarang, aku berada di Semester ke-2 Persediaan sebelum memasuki Peringkat Ijazah..
aku telah melalui pengalaman yang agak memerlukan persediaan mental dan fizikal sepanjang semester pertama..Karenah rakan, pensyarah, pihak pentadbiran..dan juga teman hidupku yang mungkin kurang mengerti kerana aku meninggalkannya sendirian di Kampus lamaku..

Masa depanku yang tercatat di sebuah kertas menjanjikan kerjayaku sebagai seorang pendidik.
aku bakal menggalas tanggungjawab yang besar.. tercatat pahala dan dosa yang mungkin menjadi igauan aku sepanjang masa.. salah didikan, aku yang berdosa. jika ilmuku diguna sepanjang zaman, mungkin pahalaku bercambah....Allah sahaja yang tahu...

aku harap hari yang mendatang akan lebih mematangkanku dalam realiti kehidupan ini..Janganlah Allah menarik kembali kehidupanku sebelum aku benar2 bersedia untuk meninggalkan destinasi sementara ini...

kepada pembaca blog ini, doakan agar aku berjaya dan aku juga mendoakan kalian.walau siapapun kalian, kalian tetap sahabatku..

Bakal Pendidik....