Jul 23, 2009

PANGKOR 2009

Tanggal 7 hb Julai 2009, seramai 44 orang pelajar kelas PPISMP 3A dan 3B serta 9 orang pensyarah pengiring telah menyertai Perkhemahan Sukan dan Rekreasi di D` Senja Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.

Kami telah bertolak dari IPGM Kampus Bahasa Melayu pada pukul 9 pagi. Perjalanan dari IPG ke Jeti Lumut selama 4 jam. Dalam perjalanan itu, kami telah berhenti rehat di Hentian Rehat Rawang selama 1/2 jam. Tiba di Jeti Lumut, kami menaiki feri pada pukul 2 petang dan tiba di Jeti Pangkor pada pukul 2.45 dan seterusnya ke tapak perkhemahan lebih kurang 20 minit dari jeti.Tak dapat aku bayangkan kami terpaksa berhimpit dengan barang yang terlalu banyak di dalam bas yang kecil pada waktu itu.

Tentunya perkara pertama yang dilakukan setibanya di sana ialah aktiviti kraf perkhemahan. Keadaan agak kelam kabut kerana tapak ini bukannya lokasi awal yang dirancang. Tempat ini lebih kecil berbanding tempat yang asal. Bagi kumpulan yang ditugaskan untuk memasak, mereka terpaksalah bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan sementara kumpulan lain sedang sibuk menyiapkan khemah dan diri masing2.

Aktiviti seterusnya ialah Water Confident, asas kayak dan snorkeling dan asas menyelamat. Aktiviti pada malam tu tak banyak. Yang banyaknye, kena leter...

08 Julai 2009....
6 kumpulan yang dibentuk dipecahkan kepada 2 bahagian, yang mana satu kumpulan akan melakukan aktiviti jungle tracking dan orienteering dan satu lagi akan menyertai kayak sejauh 6 km. selepas kedua-dua aktiviti selesai, kami semua seterusnya melakukan aktiviti flying fox dan absealling. yang mana kena masak, tetap akan masak.heheh...

malam tue, kena leter lagi...penat doh dengar...

09 Julai 2009....

Aktiviti pada waktu pagi tetap sama...cuma bertukar kumpulan jela...
selepas aktivit tue, terus pi snorkeling..best woi...ikan besar peha...warna pun cantik2..... ni lah pengalaman yang tak dapat aku lupakan.....

malam ni adalah malam kebudayaan. kumpulan aku kena tarian zapin dan endang.. ni mmg dah dirancang dari awal sebab tak cukup masa nak berlatih kat camp site.. kumpulan lain kena persembahkan dikir barat dan boria... lupa lak, tema pada malam ni ialah Kebudayaan Melayu....

Dikir Barat tempat pertama, Zapin Ke-2, dan Boria Ke-3... Malam ni jugak, ada berbeku... best la jugak... tapi malam ni jugak, sume tak tido sebab kena kemas awal supaya esok ;pagi cepat balik....

10 Julai 2009...

Sume barang dah dikemaskan dan diperiksa satu persatu....
Lepas tue, sume berkumpul untuk Majlis Penutup Perkhemahan...
Kumpulan Aku, Delta Force dapat kumpulan terbaik untuk perkhemahan kali ini...
Kami bertolak balik pada pukul 11.45 dari Jeti Pangkor ke Jeti Lumut....setibanya di sana, tibalah masa untuk cari cenderahati dan seterusnya makan...lepas makan, yang mana rasa dirinya lelaki terus pi Solat Jumaat, WAJIB!!!...

Bas bertolak pada pukul 2.30 petang dan tiba di IPG pada pukul 7 malam...Sebabnya, KL jem... tu je lah Perkhemahan Sukan dan Rekreasi Pangkor 2009...

Jul 6, 2009

PANGKOR!!!

esok, 7 hb Julai 2009, tibanya hari yang dinanti...
aku akan ke Pulau Pangkor untuk menikmati hari yang tiada rehat selama 4 hari....
bukan untuk bercuti tau, tapi untuk subjek PJ aku gak... Pendidikan Luar
(sukan dan rekreasi)...

aku jadi ajk pengangkutan...
kelam kabut jugak nak tempah bas. pastu nak pi surekan ngan org kat pangkor tue...
maklumlah, program besar jugak..nanti dah balik, aku akan postkan gambar kat sini...
tue pun kalu dapat cilok daripada kamera member2 aku...hahah...
okla...papehal, email k....