Feb 5, 2010


2009 Dalam Kenangan

Kat Selama, Perak.
Amet n Pogie .


Kat Tugu Negara.


Bintang Karaoke Pesta Monsoon Cup Terengganu 2009
Naib Johan.


Jamuan Perdana IPGM KBM
Lagu Kita.

Sekadar Coretan...

Dalam kekalutan hidup yang melanda diriku, aku tidak menyedari bahawa aku telah berada dalam tahun yang baharu yang mana dengar khabarnya akan menuntut kesabaran yang tinggi buat diriku.
Mengimbas kembali kenangan Julai 2008, yang mana menjadi titik permulaan aku sebagai bakal pendidik, aku masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang aku lakukan. Adakah aku merelakan diri ini diletakkan amanah yang sangat besar? Adakah aku bersedia menghadapinya?
Aku ketepikan kesemua keraguan hanya kerana memikirkan cabaran kerjaya yang semakin mencabar kerana usiaku semakin meningkat, aku harus meningkatkan kemahiran diri dan nilai komersial diri ini supaya dapat meningkatkan taraf hidup keluargaku.

Sesi Persediaan Ijazah aku hadapi dengan pelbagai karenah masyarakat sekeliling. Aku dapat mengenali yang mana kawan, sahabat dan juga rakan seperjuangan. Tidak kurang juga gunting dalam lipatan. Melihat kepada senario itu, membuatkan aku semakin berhati-hati dalam apa jua tindakan yang aku lakukan. Pernah dahulu aku dikecam oleh kerana mungkin sikapku sendiri. Aku menangis sendirian. Banyak yang diperkatakan mengenai diriku. Alhamdulillah, kerana peristiwa itu juga aku dapat meletakkan diriku dan mereka semua dalam kategori yang aku katakan tadi.

Sepanjang kehidupan di IPGM ini, membuatkan aku lebih mengerti senario pendidikan dan pentadbiran yang sebenar. Karenah orang atasan dan juga karenah rakan-rakan pelajar yang lain. Masing-masing mempunyai hujah dan alasan sendiri. Termasuk diriku yang boleh dikatakan agak lantang dan kasar dalam perbicaraan dan perdebatan. Adakala aku merasakan kenapa terjadi perkara-perkara yang tidak logik dek akal kerana gedung ilmuku ini merupakan gedung yang agung. Pada pandanganku, aku merasakan bahawa ; pentadbiran harus dikuasai oleh individu yang mana emosinya dikuasai oleh akal yang waras dan iman yang teguh, sekiranya tidak, hancurlah pentadbiran. Kedua, Pelajar iaitu bakal guru haruslah mengutip sebanyak mungkin ilmu yang ada di dalam gedung ilmu ini untuk melengkapkan diri sebagai pendidik dan pembimbing kepada generasi akan datang supaya menjadi insan yang berjaya dan bukannya sekadar orang.

Aku berpegang kepada "Keikhlasan Adalah Kunci Kejayaan". Setiap yang dilakukan haruslah menerusi hati yang ikhlas untuk membolehkan sesuatu yang dilakukan berjaya dan mendatangkan kesan yang berpanjangan. Ini boleh diterapkan semasa mengajar.

2010 : Aku bergelar Siswazah Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Gelaran yang gah, namun adakah gelaran itu layak diberikan kepada diriku. Bagiku, selagi mana aku tidak dapat mencatat sejarah di dalam IPGM ini, selagi itu gelaran itu belum dapat aku terima sebulatnya. Aku merasakan bahawa diriku tidak lengkap selagi mana aku masih lagi sama seperti orang lain. Rutin harian sekadar pergi ke kuliah, mendengar dan mencatat, membentangkan tugasan, menyiapkan KKP dan sebagainya. Aku masih mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa, bagaimana dan bila akan berlaku. Aku harus buktikan sesuatu pada Mereka bahawa AKU BERBEZA.