Aug 24, 2011

PBS 4

Salam Sejahtera kepada para pembaca (kalau ada)

Entri pada kali ini, saya akan memuatkan kisah PBS Fasa 4 yang saya jalani di sebuah sekolah di kawasan Hulu Langat..

Ini adalah kali ketiga saya menjalankan PBS di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan 2 antaranya pada bulan puasa. Sengaja dipilih sekolah sekitar ini kerana ingin mendapatkan pengalaman langsung sebelum menjalankan praktikum untuk semester hadapan. Jadi, dapatlah gambaran tentang perangai murid, cikgu dan juga karenah pentadbiran. Walaupun tidak sama, namun ada juga purata kesamaan itu... Mungkin kerana suasana persekitaran murid dan guru yang hampir serupa.

PBS kali ini memerlukan saya untuk menyiapkan tugasan berkenaan dengan program nilam, pengkhususan kepada bahan karya kreatif. Kemudiannya, kena pula temubual guru dan murid tentang pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber bahan itu tadi..

Sepanjang 2 hari berada di sekolah ini, 6 orang murid dan 3 orang guru bahasa Melayu telah ditemu bual. Maklum balas yang diperolehi agak memberangsangkan. Boleh dikatakan penglibatan murid dalam menggunakan bahan karya kreatif seperti pantun dan sajak dan novel sebagai bahan bacaan sangat tinggi. sehinggakan ada seorang murid tahun 3 mempunyai sebanyak 15 novel di rumah. Baca atau tidak, Wallahu a`lam... tak tahu lah kan.. katanya baca....

Saat ini, saya sedang berada di dalam PSS sekolah untuk mencari buku2 tentang di atas itu untuk dimasukkan dalam laporan PBS ini... Saja, melepaskan lelah sebentar selepas diminta menggantikan guru PK semasa mata pelajaran seni.. Berjaya juga mengawal kelas.. Lulus ujian kawalan kelas di situ...heheeh...

Kawan-kawan PBS yang lain bagaimana hendaknya? Adakah anda sudah menyiapkan tugasan anda? Ataupun sibuk meminta GB untuk memberi anda kelas untuk digantikan? Pandangan saya, tidak perlu untuk kita sibuk meminta kelas untuk digantikan, melainkan kita yang diminta untuk menggantikan... Kerana kita tiada lesen lagi untuk mengajar, silap ajaran, lain pula jadinya... Sabar ye... Nanti semasa praktikum, mintalah GB beri kelas sepanjang hari untuk diajar... Masa tu, ajar lah puas2...hehehe...
gurau2 sepanjang bulan puasa ni... jangan marah ye....

Salam....