Jun 8, 2011

Denda RM50 kata kesat pada Polis!

Kepada semua rakan pembaca sekalian, ini adalah peringatan kepada anda dan diri saya sendiri supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat, bukan sahaja kepada penguatkuasa awam tetapi kepada sesiapa juga.. bahkan kata-kata itu tidak patut dikeluarkan sama sekali.

Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Tidak perlu nak rasuah atau segalanya sekiranya kita melakukan kesalahan dan bernasib malang ditahan di mana-mana. Sekiranya anda tahu, jika kita berbudi bahasa, mereka boleh memaafkan kesalahan kita jika tidak serius (sekadar pendapat, tidak merujuk kepada mana-mana). Hal ini kerana mereka adalah manusia juga, dan mempunyai budi pekerti dan perikemanusiaan juga.

Baca ini sebagai peringatan...

Angkara kata-kata 'polis bodoh' gadis kena denda RM50
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis pekerja butik yang didapati bersalah mengeluarkan perkataan 'polis bodoh' terhadap seorang anggota polis dikenakan hukuman denda sebanyak RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Nur Shafa Watiha Wahab, 20, yang memakai baju kurung biru kelihatan tenang ketika keputusan kes dibacakan oleh Majistret Noor Adila Abd. Latif.

Peguam tertuduh, Mohd. Hayyatuddin Muhamad dalam pembelaannya memohon mahkamah memberi peluang kepada tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum itu.

"Setiap kesalahan yang dilakukan tidak akan lepas daripada undang-undang namun saya memohon mahkamah melihat fakta mengenai kejadian melibatkan polis berpakaian preman itu," kata Mohd. Hayyatuddin.

Terima kasih kepada Kosmo! atas berita yang disampaikan....

Bahana Pembedahan Plastik....

Kepada Kaum Wanita di luar sana... Baca petikan Kosmo! online ini untuk peringatan kepada anda tentang betapa bahayanya pembedahan plastik... tak kiralah bahagian mana sekalipun....

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.

Nak tahu berita lanjut?... belilah akhbar Kosmo!... (bukan mempromosi, tak dibayar pun..sekadar berkongsi)

Jun 6, 2011

Sukma!! Terengganu Cemerlang

Kosmo! hari ini menyiarkan...Korang baca je lah ek...

PENYANDANG juara, Terengganu muncul sebagai pendahulu dalam kutipan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 selepas berjaya mengutip 11 pingat emas semalam.

Secara empat hari temasya Sukma berlangsung, Terengganu berjaya mengumpul 20 pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa.

Acara judo menjadi penyumbang utama dalam pungutan pingat buat Terengganu apabila enam pingat emas dikutip menerusi acara itu dan lima lagi pingat emas dalam acara kenu.

Johor berada di tangga kedua setelah mengumpul keseluruhan 11 pingat emas, 10 perak dan empat gangsa.

Negeri Sembilan kekal menduduki tempat ketiga dengan kutipan 10 pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa.

Dalam acara kenu semalam, kelibat pendayung dari Terengganu, Siti Rajiah Ali ternyata mencuri tumpuan.

Sepanjang tiga hari acara tersebut dipertandingkan di Kompleks Sukan Air Putra- jaya, Siti Rajiah tampil cemerlang apabila membawa pulang enam pingat emas secara keseluruhannya.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan pendayung berusia 21 tahun itu membawa pulang pingat emas terbanyak dalam acara kenu pada temasya kali ini.

“Saya gembira dengan kejayaan yang diperoleh kali ini tetapi sedikit kecewa kerana gagal menyamai penca- paian yang saya lakar pada Sukma di Melaka tahun lalu.

“Ketika itu, saya berjaya meraih tujuh pingat emas, namun tahun ini hanya enam pingat emas sahaja,” kata Siti Rajiah.

Atlet tersebut berjaya mengutip dua emas semalam menerusi acara K1 200 meter wanita dengan catatan 55.191 saat, manakala satu lagi pingat emas diper- olehnya dalam acara K4 200 meter menerusi gandingan bersama Abidah Nor Azaha, Norazlina Tajudin dan Nurul Farahim Wahab dengan catatan 47.909 saat.

Terdahulu, pendayung kelahiran Marang itu memperoleh pingat emas menerusi acara K1 1000 meter, K4 1000 meter, K1 500 meter dan K4 500 meter.

Sementara itu, rakan-rakan sepasukan Siti Rajiah turut cemerlang apabila menyumbangkan tiga lagi pingat emas.

Tunang pun dah dibatalkan ikut SMS!!!

Ingatkan kahwin je yang ada cerai guna sms...Putus Tunang pun pakai sms... Perempuan tu sendiri pulak tuh.. Aku tak nak cakap banyak, korang baca je lah ye...

Terima kasih Kosmo!

KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Melaka Warta Zon Bebas Merokok

Menurut akhbar Kosmo! pada hari ini, Kerajaan Melaka telah mewartakan lima zon bebas merokok. Syabas!!!

MELAKA - Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini semalam.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Menurut beliau, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

KL, Terengganu, Bila lagi nak wartakan zon itu?(Bukan zon pengangkutan awam dan pusat beli belah sahaja)..

Kami dah tak larat nak jadi perokok pasif..!!

MEROKOK MEMBUNUH DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN!!!

Jun 5, 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum...

Baru je balik dari kerja... start dari tengah hari tadi sampai kul 10 malam ni...
Tidak ada apa pun yang nak diceritakan... Rutin harian aku seperti biasa sahaja.

Ha... Baru teringat... Aku ada terbaca pasal satu klip Video.. ntah sape tah penyanyi tu... tajuk lagi Marilah ke apa ke.. tapi yang aku ingat pelakon video klip tu Asmara... pelakon dalam cite Asmara yang top tuh...

Teruk juga komen-komen yang dilemparkan, malahan cacian pun ada. Ni gara-gara klip video tu ala-ala keBaratan gitu.... scene 18sx ada.. Tapi rasanya 10 peratus je kot..

Menurut Kosmo!..., pelakon tu kata dia setuju sebab pengarahnya, Gambit tuh, mengatakan bahawa video klip ini untuk pasaran antarabangsa, bukan untuk Malaysia, tapi ntah macam mana dah tersesat dalam Youtube...Penyanyi dia pulak bukan melayu atau islam... Tu yang kecoh...

Tapi apa-apa pun, pada sesiapa yang nak menilai, tilik dan cermin diri sendiri dulu sebelum mengutuk atau mencaci orang lain... Kang tak pasal-pasal diri sendiri yang dapat....

Sekian...Ikhlas...

Jun 4, 2011

Cuti...

Assalamualaikum...

Selamat Sejahtera kepada mana-mana pelayar blog yang membaca entri ini pada kali ini.

Sudah seminggu cuti semester ini dilalui dengan hanya bekerja... Ini akan berlanjutan selama seminggu lagi sehingga Ahad akan datang.

Rakan-rakan pelatih semuanya sudah selamat sampai di kampung halaman masing-masing. Namun tidak dinafikan bahawa ada juga yang tinggal di perantauan untuk bekerja. Samalah kita ye...

Bagi yang dah ada di kampung, isilah masa yang terluang dengan sebaiknya. Mungkin boleh bekerja sementara menunggu cuti semester tamat. Masih ada dua minggu. Jangan pula pergi merempit dan mencari pasal di mana-mana. Lagipun, apabila mula semester baru nanti, elaun mesti lambat sedikit, daripada kita menyusahkan ibu dan bapa mengeluarkan duit, apa kata kita berusaha sendiri dan merasa susah senang dalam menyara kehidupan. Ini sebagai pengalaman dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

Baiklah, setakat ini dahulu. Untuk entri yang akan datang, bergantung kepada isu semasa. Sekian...