Jan 1, 2013

Tahun Baru Mendukacitakan...

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca.

Assalamualaikum....

1. Post pertama pada tahun baru ni.

2. Memang sakit hati dengan Syabas (syarikat air selangor).

3. Sebab apa?

4. Sebab kat rumah aku ni, dah 4 Hari termasuk hari ni air takdok!!!!

5. Sejak pagi Sabtu, 29 December 2012 sampai 1 January 2013.

6. Aku tak tahu lah apa nak jadi kan.

7. Tangki air besar bangunan depan rumah, tapi air takdok!!!

8. Terpaksalah daku dan jiran-jiran mengusung botol-botol air ke stesen minyak dan surau serta masjid yang terdekat untuk menadah ehsan untuk mengambil air.

9. Yang nak marah tu, tak ada pulak lori syarikat air tu masuk ke kawasan perumahan ni.

10. Maaflah pagi-pagi lagi dah moody.

11. Saja nak meluahkan rasa tak puas hati.

12. Bil air didahulukan, Air dikaratkan, Pengguna dibiarkan...