Jan 5, 2014

Tahun Baru...Family Baru...

1. Tahun 2014 Masihi dan 1435 Hijrah telah membuka lembarannya....

2. Perkembangan terbaru....

3. Aku dah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kampus Bahasa Melayu...

4. Dengan bangganya, PT dapat hasil yang terbaik daripada pensyarah pembimbing yang baik...

5. Result semester 8 yang keluar hari tu pun, suam-suam kuku.. tapi layaklah untuk terima Ijazah di Konvoskesyen nanti...tengah tunggu tarikh konvo saja...

6. Pengakhiran 2013 juga telah mengubah status "BUJANG" kepada "TELAH BERKAHWIN"...

7. Siapakah isteri yang bertuah itu?...Rahsia... Bagi yang mengetahui....Shhhhhh....

8. Sehari selepas Akad Nikah, aku telah menjalani temuduga di SPP Cawangan Kuching...

9. Alhamdulillah, temuduga berjalan dengan lancar dan apa yang ditanya, selamba je jawab tak baca kalau tak dapat jawab...

10. Yang dapat jawab, dihuraikan dengan panjang lebar dan senyum lebar...

11. Sekarang aku dah tinggal di Borneo... Menunggu panggilan untuk penempatan di sekolah oleh KPM dan menunggu juga surat pelantikan daripada SPP...

12. Sekarang, tolong jaga rumah dan berbakti kepada keluarga dulu...