May 21, 2014

SK Limau-Limau Beluran

Penempatan 1

1. 18 April 2014 - Melapor diri di SK Limau-Limau, Beluran, Sabah.

2. Kategori sekolah adalah pedalaman 3

3. Jarak sekolah dari PPD ialah 300km

4. Medium untuk ke sekolah adalah dengan menaiki bot dari jeti.

5. Untuk jimat masa, turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Naik kereta "pirate" ke Kota Marudu (Tambang RM25/seorang...mungkin ada yang mahal). Tempoh perjalanan KK-KM lebih kurang 2 jam. Sampai di Kota Marudu, naik lagi "pirate" ke Kg. Kanibongan (Tambang RM20/seorang). Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam. Sampai di Kg. Kanibongan, naik bot ke Pulau Jambongan. Di situlah terletaknya Kg. Limau-Limau yang terbinanya sekolah SK Limau-Limau. Perjalanan dari Kg. Kanibongan ke Pulau Jambongan selama 1 jam. Tak leh laju, habis basah baju dan barang dalam bot. (Tambang bergantung pada bot dan kapasiti penumpang)

6. Seramai 4 orang guru baru termasuk aku ditempatkan di sekolah ni.

7. Mereka mendaftar lebih awal. Almaklumlah, semuanya dari semenanjung. Geng Pantai Timur.. Kelantan, Terengganu, Pahang... Aku? Mix..Kelantranung.

8. Tempat tidur? Sedih... 3 orang terawal tu terpaksa jadi "Sardin" tidur dalam bilik fail pejabat yang telah dikemaskan oleh guru-guru senior atas rasa timbang rasa mereka tu.

9. Aku? sebab masuk lewat, aku tidur dulu bilik GB masa dia tak ada. Kalau dia ada, aku pun "mencampakkan" diri aku ke luar. Tidur depan tv.

10. Rumah yang diduduki bukan rumah guru. Rumah tu adalah rumah ehsan kontraktor yang dapat projek di sekolah dulu. Mengenangkan guru-guru lama sebelum ni, semuanya tidur di pejabat, Hamba Allah yang baik hati tu hadiahkan kepada guru-guru.

11. Yang peliknya, (level kebenaran 50/50... ). Pihak berkenaan dengan suka hatinya mengisytiharkan rumah tersebut adalah rumah guru yang disediakan oleh kerajaan...Wallahualam...

12. Walaupun ada rumah tu, dengan kapasiti guru yang ada sekarang, rumah guru baru perlu dibina supaya dapat menjaga kebajikan guru yang sanggup datang mengajar ke pedalaman ni.

13. Bila dah ditempatkan di pedalaman, soal kemewahan dan kesenangan serta keselesaan hidup menjadi perkara nombor dua. Perkara pertama? Menyesuaikan diri dengan persekitaran supaya TIDAK TERTEKAN DAN STRESS YANG BOLEH MENGAKIBATKAN DIRI JADI TIDAK SIUMAN.

14. Talian telefon di pulau ni hanya boleh didapati di PINGGIRAN PANTAI YANG INDAH. Di sekolah, hanya talian internet 1Bestari.Net yang kerajaan baik hati sediakan untuk guru dan murid di sekolah.

15. Elektrik bergantung kepada Solar Hibrid yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengar khabarnya, Projek Solar ni menelan kos sebanyak RM4 JUTA...BANYAK TU. ALANGKAH BAGUSNYA KALAU DUIT TU BUAT KELAS YANG KONDUSIF UNTUK MURID.  (TERFIKIR SECARA SPONTAN TANPA MENGANALISIS TERLEBIH DAHULU)

SETAKAT NI DULU...