Jul 19, 2010

Pemakanan Seimbang

Tubuh manusia memerlukan 46 jenis nutrient setiap hari untuk berfungsi secara optimum. Nutrien-nutrien ini dikenali sebagai nutrien metabolik. Jika sel-sel kekurangan nutrien, metabolisme sel akan tergugat dan menyebabkan penyakit kronik. Selain itu, sesuatu nutrien itu saling berkait antara satu sama dengan yang lainnya. Adalah penting untuk memastikan pengambilan semua nutrien secara seimbang setiap hari. Kekurangan mana-mana jenis nutrient akan teruk menjejaskan kesihatan kita. Menurut laporan Amerika Syarikat, 2/3 daripada semua kematian disebabkan oleh ketidakseimbangan pemakanan dan kekurangan nutrient. Kita perlu berhati-hati tentang makanan yang diambil setiap hari kerana ini menentukan tahap kesihatan kita. Walaupun tubuh kita dapat menghasilkan sesetengah nutrient penting seperti Vitamin D, atau mungkin diet biasa kita dapat menyumbangkan keperluan asas kesihatan tertentu, kita tidak boleh bergantung pada mana-mana sumber diatas untuk memperoleh nutrient secukupnya untuk tubuh kita. Oleh itu, ilmu tentang kepentingan nutrient dan sumber-sumbernya dapat membantu kita menguruskan kesihatan kita dengan lebih baik.


Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

credit to azida


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.