Nov 27, 2012

Pemanduan cuai!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Tajuk kat atas memang kontroversi.

2. Sebenarnya, tajuk kat atas tu kesinambungan daripada pendengaran penulis pada tengah hari tadi.

3. Rancangan Wanita Hari Ini, TV3 telah membincangkan tajuk "Wanita Hebat di Jalan Raya".

4. Persepsi umum akan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

5. Dalam perbincangan tadi, dijemput seorang pegawai dari JPJ ke apa ntah dan seorang mangsa kemalangan.

6. Mangsa kemalangan tersebut adalah seorang wanita/ pemandu yang dilanggar oleh sebuah bas, pemandunya adalah lelaki.

7. Menurut pegawai tersebut, masyarakat umum perlu mengikis persepsi bahawa pemandu wanita ini cuai dan tidak cekap.

8. Katanya, cekap ini bukan beerti skill atau speed driving, tetapi lebih kepada pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya.

9. Katanya lagi, pemandu wanita ini lebih berhati-hati di jalan raya berbanding pemandu lelaki.

10. Itu kata pegawai tersebut.

11. Ini kata penulis pula.

12. Pemandu wanita atau lelaki adalah sama sahaja.

13. Kedua-duanya menjalani ujian memandu yang sama, naik bukit turun bukit.

14. Pandu kereta dalam litar.

15. Minimum latihan memandu selama 21 jam.

16. Kalau dah ujian bertulis sama, naik bukit turun bukit pun sama, latihan dalam litar pun sama, kereta yang digunakan pun sama (Kebiasaan Produa Kancil atau Viva), Jadi mana datangnya isu ketidakcekapan ini?

17. SIKAP PEMANDU ADALAH JAWAPANNYA. (KLISE)

18. Peraturan jalan raya perlu dipatuhi.

19. Had laju perlu dipatuhi, kadang-kala tak munasabah. Kena ikut, kalau tak Notis AES sampai kat rumah.

20. Papan tanda di jalan raya dan papan tanda sementara juga perlu dipatuhi.

21. Berhati-hati adalah perlu.

22. Kalau memandu tu, jangan sibuk nak bermekap, makan nasi ke, main game ke. Fokus pada pemanduan dan kereta di sekeliling kenderaan kita.

23. Kalau nak keluar simpang, ikut peraturan yang pernah dibaca dalam buku yang diperolehi semasa menduduki latihan memandu. (Kat KL tak leh guna sangat, kalau guna juga, mungkin anda akan stay bermalam kat situ, TAPI JANGAN SAMPAI KURANG AJAR)

24. Beri signal sebelum keluar atau masuk simpang, memotong, dan menukar laluan. BUKAN SEMASA NAK LAKUKAN SEMUA TU BARU BERI SIGNAL. LAGI TERUK TAK BERI SIGNAL LANGSUNG.

25. BUKAN KENA BAYAR PUN BERI SIGNAL. KE KENA CHARGA RM50 SEKALI SIGNAL TU BERKELIP. (ni kes marah ni)

25. Biasa kat traffic light, ada lorong untuk beri laluan. Perhatian : BERI LALUAN. Bukan bermaksud orang kena bagi laluan pada kita, tapi beri laluan pada kereta yang utama.

26. Kan dah ajar, kalau kat tempat beri laluan tu, beri laluan pada kereta yang guna jalan yang lurus. kita kena berhenti dahulu. tengok jalan clear ke tak, baru masuk.

27. Pengalaman penulis sendiri, penulis yang menggunakan jalan yang lurus terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang keluar dari sebelah kiri. Dah la laju, tak beri signal, kita pula nak kena beri laluan pada dia. Apa kes? (yang baca ni mesti kata " tak kan tak boleh tolak ansur" " kalau kemalangan ,nak tolak ansur kejadahnya kan"

28. Jadi, kepada para pemandu yang membaca catatan penulis ini, jangan memandu secara merbahaya, nak keluar simpang tu, beri laluan kepada yang berhak terlebih dahulu.

29. Lelaki atau perempuan. Sama je sebenarnya. Siapa yang lebih cuai, siapa yang hebat, itu tak penting lagi kalau dah terbaring kat katil bercadar putih berbau ubat.

30. Nak hebat? Masuk litar Sepang. Dapat Piala, Duit, Pangkat, Pujian Dunia.

p/s : sekadar coretan melepaskan kegeraman pada pemanduan yang cuai di Malaysia.

Blog Military of Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Baru-baru penulis "blogwalking" dari satu blog ke satu blog yang lain.

2. Penulis TERsinggah di salah satu blog pertahanan.

3. Blog ini membincangkan tentang isu-isu berkaitan dengan pertahanan di Malaysia, terutama tentang Angkatan Tentera Malaysia.

4. Selain itu, penulis blog tersebut ada memaparkan tentang tempat-tempat peninggalan sejarah di Malaysia yang berkaitan dengan komunis.

5. Blog ini bermanfaat untuk sesiapa yang inginkan ilmu berkenaan dengan pertahanan di Malaysia.

6. Jadi, pada sesiapa yang Obses dengan perihal Military ni, penulis sediakan link di bawah.

7. Penulis sekadar berkongsi link dan ilmu. Bukan atas dasar keuntungan.

http://militaryofmalaysia.net/

Penempatan Pekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Tajuk pada hari ini ialah Penempatan Semula Pekerja Perlu Fleksibel. Dipetik daripada Berita Harian Versi Online.

2. Merujuk kepada petikan berita itu, penambahan kakitangan awam perlu dilakukan mengikut kekosongan dan keutamaan diberi kepada sektor PENDIDIKAN dan keselamatan yang kritikal.

3. Orang kuat CUEPACS, Datuk Omas Osman mengatakan bahawa JPA perlu fleksibel dalam isu ini supaya tak perlu nak tambah jawatan baru dan tambah petugas dalam sektor awam.

4. Orang tu kata lagi, tambah jawatan tak perlu, tapi JPA perlu mimikirkan untuk tambah kerja pada pegawai sedia ada melalui proses penyusunan semula. (Yang ni aku tak berapa setuju)

5. Kalau pegawai perkhidmatan awam yang lain diberi kerja tambahan lain selain tugas utama, jahanam kualiti dan kuantiti.

6. Pada pandangan peribadi penulis, jangan tambahkan kerja sedia ada terutamanya tugas utama GURU kalau sayangkan anak bangsa.

7. Tugas utama guru mengajar, tugas pengkeranian perlu dijalankan oleh orang yang berkaitan. BARULAH PRODUKTIF DAN INOVATIF.

p/s : sekadar pandangan penulis.

Nov 15, 2012

Penyambut Tetamu Hotel (Hotel Receptionist)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. (Hi)

Apa khabar para pembaca sekalian?. (How are you?)

Entri pada kali ini berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang penyambut tetamu di hotel tidak kira hotel bajet atau hotel yang bertaraf 3 bintang dan ke atas.

This whole entry is about hotel receptionist career, budget or star hotel.

1. Kerani (clerk)
Penyambut tetamu juga dikenali sebagai kerani di bahagian hadapan. Bertugas untuk menyambut tetamu dengan memberikan ucapan selamat datang dan membantu tetamu. Biasanya, penyambut tetamu bertanggungjawab untuk membantu tetamu untuk membuat tempahan bilik, menguruskan urusan daftar masuk dan keluar dan juga menguruskan hal-hal berkaitan dengan bilik tetamu. Penyambut tetamu adalah orang yang pertama berinteraksi dengan tetamu dan MUNGKIN PENJADI KAYU PENGUKUR TAHAP PERKHIDMATAN DI SESEBUAH HOTEL.

Receptionist known as front desk clerk. Their duty is to welcoming guest and help them. Usually, they need to check in and check out guest and managing everything about room. Receptionist is the first person who is interact with the guest and and somtimes, hotel rating depends on them.

2. Khidmat Pelanggan Costumer Service

a. Memang tugas penyambut tetamu adalah pegawai perkhidmatan pelanggan di sesebuah hotel. Mempunyai pengetahuan tentang hotel dan kawasan sekitarnya.

Receptionist also a costumer service officer. Knowledgeable about the hotel and area.

b. Kebiasaannya, tetamu akan bertanyakan soalan berkaitan dengan tempat makan dan kawasan-kawasan menarik yang ada di sekitar hotel.

Guest will ask receptionist about "where to eat" and "spot" to visit.

c. Menjawab telefon. Penyambut tetamu bertanggungjawab untuk melayan panggilan telefon daripada tetamu.

Phone Operator. Receptionist need to entertain phone call.

d. Walaupun urusan tempahan diuruskan oleh bahagian tempahan bilik, namun di kebanyakan hotel, penyambut tetamu akan menguruskan tempahan sama ada secara langsung mahupun melalui panggilan telefon. Jadi, penyambut tetamu perlu menguasai kemahiran menguruskan sistem komputer untuk menguruskan tempahan tersebut.

Eventhough reservation have their own department, receptionist still need to do the job if the person in charge is not around. So, they have to familiar and know how to manage it.

e. Apabila tetamu tiba di hotel, penyambut tetamu hotel akan menyambut mereka dan mendaftarkan mereka dan menguruskan kunci kepada tetamu. Penyambut tetamu juga perlu menguruskan beg mereka sekiranya bantuan diperlukan. Begitu juga dengan urusan daftar keluar.

Receptionist need to handle the check in and check out guest, handling their luggage.

3. Bayaran (Financial)

a. Penyambut tetamu bertanggungjawab untuk memungut bayaran bilik dan menguruskan akaun di meja penyambut tetamu. Jadi, antara yang perlu dikuasai ialah cara untuk mendaftar masuk dan keluar tetamu, menguruskan sistem komputer, memproses kad kredit dan tahu cara-cara untuk mengenakan cas tambahan kepada tetamu sekiranya ada perkhidmatan tambahan yang diminta seperti tempahan makanan ke bilik atau surat khabar. Selain itu, sebarang kerosakan yang berlaku semasa tetamu menginap di bilik juga perlu dikenakan bayaran sekiranya tetamu tersebut bertanggungjawab melakukannya.

Receptionist responsible to collect the room fee and handle the account. So, the have to know about the system, hot to process the credit card, hot to add the extra charges. Besides that, any complaint about the room, they need to settle it.

b. Sebarang transaksi tunai dan kredit akan diuruskan oleh penyambut tetamu semasa waktu kerjanya. Pada akhir waktu kerja, dia akan menutup akaun tersebut dan menyerahkan kutipan pada hari tersebut kepada pengurus hotel atau orang yang berkaitan.

Any cash or credit transaction will be handling by receptionist on their duty. at the end of shift, they will close the account and pass the cash or account statement to manager or the person in charge.

4. Urusan harian tetamu (Guest needs)

a. Jika bertugas di sebuah hotel bajet, penyambut tetamu mungkin bertanggungjawab untuk membantu tetamu merancang lawatan sehari, kereta sewa atau membuat tempahan di restoran. Walaupun di hotel-hotel besar mempunyai orang yang berkaitan untuk menguruskan hal ini, tetapi penyambut tetamu adalah orang yang sering diminta menguruskan hal-hal sebegini. Sebarang keperluan tetamu juga perlu diuruskan oleh penyambut tetamu jika perlu.

If you work at budget hotel, you might need to help guest to plan their day trip, rent a car or make a restaurant reservation. Eventhough in big hotel they have a specific person to handle this thing, receptionist still the first option.

5. Kemahiran sebagai penyambut tetamu (Skills)

a. Untuk menjadi seorang penyambut tetamu hotel, seseorang itu mesti mempunyai personaliti yang menarik dan cekap mengendalikan beberapa tugas dalam satu masa. Mereka perlulah tangkas dan cepat menguruskan kerja, mempunyai pengetahuan matematik yang baik dan kemahiran komputer (paling asas). Tambahan lagi, pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan sangatlah digalakkan.

Great personality, multitasking, know the mathematics, basic computer skills. Costumer services.


b. Pada zaman ini, kebanyakan hotel memerlukan pekerja yang mempunyai diploma atau yang setaraf dengannya. Kalau lebih berpelajaran atau berpengalaman, lebih tinggi bayaran gajinya.

Diploma. Experiences. (Salary based on that)

c. Seorang penyambut tetamu akan mempunyai jadual kerja yang fleksibel. Mereka juga kadang-kadang akan bekerja lebih masa daripada biasa. Ada juga yang perlu bekerja pada waktu malam dan hujung minggu. Kebiasaannya, staf yang baru akan merasa pengalaman sebegini.

Flexible working time. Overtime. Night Shift or Weekend is normal.

6. Potensi kenaikan pangkat (Promotion)

a. Bekerja sebagai penyambut tetamu hotel adalah impian bagi sesetengah orang. Ada yang bermula sebagai penyambut tetamu sebagai langkah permulaan untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi. Kebanyakan penyelia, pengurus hotel memulakan kerjaya mereka sebagai penyambut tetamu.

Be a receptionist is a dream for some people. Sometimes, it is a beginning to the higher level. Most of supervisor, manager starting their career as a receptionist.


Jadi, itulah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan bersama pembaca sekalian tentang kerjaya sebagai seorang penyambut tetamu di hotel, sama ada hotel bajet mahupun hotel yang berbintang-bintang.

So, that's all about receptionist. You can search more on online.


Kredit : http://www.wisegeek.org/what-is-a-hotel-receptionist.htm

Nov 13, 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

1. Cuti sekolah dah bermula. Pasti masing-masing tengah gembira.

2. Yes! Tak ada kerja rumah. Tak ada cikgu nak membebel. Tak perlu bangun awal nk ke sek. Tak perlu galas beg berat-berat.

3. Seminggu cuti mmg gembira sakan.

4. Masuk minggu kedua- Bersepah post kat fb- ak bosan duk rumah. mak bapak aku kerja.

5. Jadi, apa yg boleh dilakukan?

6. Untuk yg sekolah menengah, dicadangkn utk mencari pengalaman kerja smbilan. Blh juga dpt duit poket.

7. Balik kampung, jumpa atuk dan nenek- tolong mereka dan teman mereka sementara masih ada.

8. Tulis buku- Sesiapa yang ada bakat menulis dan minat menulis, masa cuti ni mmg waktu yg sesuai.

9. Ulangkaji- Belajar lagi? bosannya... Ni untuk sesiapa yg ada kesedaran diri utk mpertingkatkn diri dan menempatkn dari selangkah di hadapan. Cth: Murid tahun 4 dah blh mula tgk apa tajuk yg nk belajar pd tahun 5. Tak rugi pun.

10. Kem Motivasi- masa cuti ni byk kem motivasi diadakan. sesiapa yg suka aktiviti luar dan sukakan alam semulajadi, blh la join.

11. Banyak lg aktiviti yg blh dilakukn semasa cuti.

12. Yang penting, jgn lakukan perkara yg blh membahayakn diri dan keluarga.

13. Ingatlah Orang Yang Anda Sayang.

Nov 10, 2012

Contohi DIsiplin Japanese

Salam kepada pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share tentang disiplin orang Jepun. Kenapa Jepun? Bukan Orang Putih, Bukan Orang Melayu, Bukan Orang Cina, Bukan Orang India. Kenapa ya? Try la Search kat Google pasal mereka ni...

Aku tak pernah pun jejak kaki kat Bumi Matahari Terbit tu, tapi aku pernah bekerja di bawah pimpinan orang yang pernah bekerja di sana dan mengamalkan cara kerja orang jepun di Malaysia.

Antara Ciri-ciri @ Disiplin orang Jepun ialah :

1.MENEPATI MASA
Ini memang yang tak dapat disangkal lagi. Ambil contoh LRT la senang. Kat Jepun, berpuluh lane LRT. semua LRT pula, laju-laju. Dan yang paling penting, tepat pada waktunya. Itu bos aku yang cakap lah kan. Sama juga masa aku kerja, masuk kena ontime. Kalau tak, potong gaji. Event lewat 10 minit, potong gaji 1 jam...
Dalam Islam pun ada mengajar kita tentang menepati masa.

2.MENJAGA KEBERSIHAN
NI bab kebersihan. Kat Jepun, susah nak tengok sampah di kawasan awam. Katanya, jika ada pesta ke apa ke, mesti banyak tong sampah yang disediakan dan yang paling penting, kitar semula pula tu. Tak perlu DBKL dan yang sewaktu dengannya, nak bazir masa pi kutip sampah-sampah tu semua. Orang dia sendiri yang bising kalau kita buang sampah merata-rata. (Yang DBKL tu kat KL je, kat sana ntah apa namanya pun tak tau)
Bab ni, orang Malaysia masih gagal. Maaf.


3. MEMBACA
Jadikan Membaca Gaya Wawasan. Sering dengar lagu tu kat radio dan tv dulu. Sekarang lagu tu dah berhabuk.
Dulu ada satu group yang galak berkempen membaca dalam LRT. Mungkin itu juga budaya orang Jepun yang dibawa ke sini. Kita kat sini, dah mula berjinak-jinak dengan buku apabila dalam tren, bas dan dalam kenderaan awam yang tak perlukan kita memandu. Kalau memandu, pasanglah CD atau apa2 yang berkaitan dengan ilmu yang boleh kita dengar. Fokus, nanti tak pasal-pasal kemek kereta orang depan...

4. GIGIH BEKERJA
Mereka meletakkan komitmen di tempat yang pertama. Baik yang berjawatan rendah, mahupun ke jawatan yang tinggi, semuanya memberikan komitmen yang terbaik untuk kemajuan syarikat. Saya ambil contoh paling dekat, bos saya lah. Walaupun berpangkat pengurus hotel, dia tidak segan untuk mengemop lantai, menyapu sampah dan mengemaskan bilik untuk membantu pekerjanya. Kerana baginya, seorang pekerja yang baik ialah pekerja yang boleh membuat pelbagai kerja dan membantu jika diperlukan.


5. HORMAT
Orang Jepun terkenal dengan sikap sopan santun. Macam orang Melayu dulu-dulu.
Bila masuk kedai, dengarlah selamat datang atau welcome. Kat Malaysia, baru berapa kerat je yang amalkan. Ambik contoh kat satu kedai tu, bila masuk betul dah Ucap Selamat Datang, atau Welcome, tapi nada pula tak kena.

Satu lagi, kat tangga bergerak tu, apa nama dia ek, eskeletor ek.. Aku tengok Rancangan Zizan ari tu, orang Jepun ni, kalau naik tangga tu, dia akan berdiri di sebelah kiri je. sebelah kanan mesti kosong. SEBABNYA KANAN UNTUK MEMOTONG.
Sama juga dengan memandu... FAHAMKAN...


BERHARAP AGAR NILAI DI JEPUN DAPAT DIAMALKAN DI MALAYSIA NI. JANGAN AMIK YANG LAIN PULA....

Isu Mat Yo

Ni isu pasal perpindahan bola sepak Kelantan. Tanah Tumpah Darahku...Hehehe..

Dengar katanya, Mat Yo telah "dirisik" oleh Johor untuk menyarung jersi pasukan bola sepak negeri itu pada musim depan.

TSAM kata, KAFA sentiasa membuka pintu rundingan, dan kalau Johor nak Mat Yo berada dalam pasukan mereka, maka perlulah mengikut saluran yang betul dan ikut prosedur. Sebabnya, Mat Yo ADA BAKI KONTRAK - BERAKHIR HUJUNG TAHUN DEPAN (2013).

TSAM berkata lagi, tak perlu nak polemikkan isu Mat Yo ni sebab tak membantu. Yang perlu ambil tindakan ialah pihak PBNJ sebab diaorang nak Mat Yo.

Soal tebus kontrak, pemain yang boleh buat. Tapi Mat Yo tak pernah buat pun. KENYATAAN MEDIA TAK SAH DAN TIDAK DITERIMA PAKAI

Kalau perpindahan, kelab atau pasukan yang uruskan, tapi kalau kelab yang minta tebus kontrak, its not right. So, duduk meja 4 segi, mu tengok aku, aku tengok mu, kita bincang... Ibaratnya....

"Kosmo semalam melaporkan bahawa Norshahrul merayu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) agar merestui penghijrahannya ke Johor musim depan."

Sumber : Kosmo

P/s : Jangan maroh deh. Ambe copy hok dalam kosmo. Kalu nok maroh jugok, kena maroh kosmo. Kalu saloh ni, tlg betul.. hok mane ada sumber yang sah dan diperakui KAFA...Hehehe. TRW

Nov 8, 2012

Restoran Nasi Ayam Pak Mal

Sedapnya. Lama tak makan nasi ayam. Terbaca pula artikel dalam Sinar Harian tentang restoran nasi ayam, jadi nak kongsi la kat sini.

Nama restoran ni sudah terkenal sejak 30 tahun lalu. Mula berniaga di tepi jalan, masuk ke gerai, kini sudah membuka restoran.

Lokasi :

Restoran Pak Mal
No.2, Jalan Selendang 10/10,
seksyen 10, 40100 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-55139366




Pemilik : Kamarul Hilal @ Pak Mal



Keistimewaan :

Dihidangkan berasingan nasi dan lauk.

Potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa

Menggabungkan kicap dan sambal.


Fakta : 50 ekor ayam @ 600 pinggan habis dijual setiap hari


Mesra pelanggan

42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan.

20 Kakitangan restoran

5 Minit je makanan akan sampai selepas dipesan.


Harga : RM 4.50 sepinggan @ sebungkus

Menu Pilihan lain :

Nasi kukus (nasi, ayam goreng, gulai daging, sambal, belacan, sayuran)
Nasi Ayam goreng berempah
Mi Kari
Soto
Dan Lain-lain

Hidangan Makan Malam

Barat : Steak, Chicken chop, fish and fries
Masakan panas : Nasi Goreng, Selera Thai


Sumber : Sinar Harian.

Kredit :
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
FOTO: SAFWAN MANSOR
28 Oktober 2012

Dugaan SPM

KUALA TERENGGANU –

Peristiwa malang yang menimpa seorang pelajar SMK Bukit Guntung, Tepoh, Nurul Suhana Ab Rahman, sehari sebelum peperiksaan SPM sememangnya tidak akan dapat dilupakan.

Menurut Suhana, pada hari kejadian, dia ingin menjemput ibunya yang bekerja di SMK Bukit Guntung. Motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Dia mengalami keretakan pada tangan kanan dan terpaksa mengambil peperiksaan SPM di Hospital Nur Zahirah.
Kejadian itu menyebabkan dia mengalami keretakan pada tangan kanan dan terpaksa mengambil peperiksaan SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Seorang lagi calon SPM dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Muhammad Suhaimi Baharuden, 17, terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di HSNZ kerana patah kedua-dua tangan dan kaki kiri akibat kemalangan.

Muhammad Suhaimi dimasukkan ke hospital setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Pulau Bahagia sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.


Sumber : NORHASPIDA YATIM, Sinar Harian Terengganu.

Profesionalisme Berkesan

Ciri-ciri Profesionalisme yang Berkesan

Profesionalisme merujuk kepada keiltizaman dalam kalangan ahli profesion ke arah meningkatkan status profesional dan strategi yang digunakan terutama oleh kesatuan atau persatuan untuk mencapainya.

Institusi sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan guru-guru mengalami perkembangan profesionalisme yang sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan semasa.

Yang berikut merupakan ciri-ciri profesionalisme yang sesuai :

a. Proses yang berterusan, sentiasa ada usaha untuk meningkatkannya, sesuai dengan bidang pengetahuan, teknologi dan sosial. Proses ini memerlukan perancangan yang teliti dan mantap.

b. Profesionalisme berasaskan sekolah dan terangkum dalam kerja guru.

c. Profesionalisme berasaskan semangat kolaboratif bagi menyediakan peluang-peluang untuk guru berinteraksi dengan rakan sekerja.

d. Profesionalisme berfokus kepada pembelajaran pelajar dan bagaimana untuk meningkatkannya.

e. Profesionalisme yang mengiktiraf GURU SEBAGAI PROFESIONAL dan pembelajar dewasa.

Sumber : Othman Lebar. (2012). Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Teori dan Amalan.

Tidur : Ibadah

Adakah kita tahu sebenarnya tidur merupakan satu ibadah? Sedang aku melayari blog-blog yang ada kat dunia ni, tak sedar waktu semakin mencemburui aku... Nak suruh tidurlah tu.

Jadi sekarang aku nak kongsi sedikit berkenaan tidur... Kalau rajin, bacalah... Tak rugi pun.. Tapi jangan baca sewaktu nak tidur dah... Nanti terlepas waktu keemasan untuk tidur...

Kita mulakan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim... Yang berikut adalah terjemahannya :

"Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat, maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya."



Badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak semasa tidur. JANGAN MINUM MINUMAN YANG MENGANDUNGI KAFEIN sebelum tidur kerana akan mengganggu proses pemulihan badan dan akan menambahkan keletihan pada waktu siang.

Penyimpanan maklumat...

Orang yang suka tidur lewat akan mengalami kerugian penyimpanan maklumat. Hal ini demikian kerana semasa tidur, otak akan menyimpan maklumat jangka panjang.

Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.

Tidur : Memantapkan sistem darah dan jantung

Beberapa perubahan kimia akan berlaku dalam badan apabila seseorang itu kekurangan waktu tidur. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut berisiko untuk mengidap kencing manis, jantung dan strok.( Dr. Tom Mackay, Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland.. Dia yang kata)

Sistem Pertahanan Badan

Stress akan mudah menyerang individu yang tidur 3 hingga 4 jam saja sehari. Ia juga akan melemahkan sistem pertahanan badan. Akibatnya, badan mudah dijangkiti kuman.

Berapakah tempoh masa ideal untuk tidur?

Purata 6 hingga 7 jam. Orang yang tidur dalam tempoh ni lebih sihat dan hidup lebih lama daripada orang yang tidur lebih daripada 8 jam atau kurang daripada 4 jam. (Bergantung kepada ketentuan Allah SWT)

Jadi, korang pilihlah berapa jam korang nak tidur. Antibodi badan atau metabolisme badan masing-masing berbeza kan...

Kredit untuk : http://www.masjidnegara.gov.my/

Nov 7, 2012

Obama Kekal Presiden AS

Presiden Barack Obama telah berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden AS untuk penggal yang kedua setelah memperoleh 281 undi pemilih.

Obama memperoleh undi sebanyak 281 Undi, manakala Romney hanya sekadar 203 Undi.

Obama telah memperoleh undi majoriti di Ohio, Pennysylvania, Wisconsin dan Iowa.

Pengumpulan undi :

Obama : 26, 088, 635
Romney : 46, 299, 165
Calon Bebas : 1, 367, 862

4 negeri masih lagi belum dikira. Termasuk Florida yang menyediakan 29 undi.

Sumber : Sinar Harian, mynewshub.my

Parkour di Gaza

Parkour diperkenalkan oleh kumpulan Yamakasi di Perancis pada 1980-an. Kini, sukan parkour telah terkenal di serata dunia.

Terbaru, sukan ini yang menggabungkan kombinasi gimnastik, berlari dan melompat telah tersebar di Genting Gaza.

Demonstrasi sukan tersebut telah dilakukan oleh sekumpulan 12 orang lelaki berusia lingkungan 20-an di Hospital Nasser.

Uniknya, mereka hanya berlatih di Kem Pelarian Palestin.

Nak tahu lebih lanjut tentang parkour, search at google.com. Hehehe...

Salam.

Psy dapat Anugerah???

Aku tak tahulah nak kata apa sebenarnya. Bukan nak sangat pun tulis pasal dia ni kat dalam blog ni. Cuma nanti, tak lah aku dikatakan katak di bawah kotak pizza...

Dengar katanya, Kosmo ada keluarkan berita tentang si Psy ni telah diberikan anugerah tertinggi kebudayaan kerana kejayaan lagu Gangnam Style.

Anugerah Tertinggi Kebudayaan tuh? Tarian dia tu Tarian Kebudayaan ke? Tak tahu lah pulak aku kan.

Nama anugerah itu ialah anugerah Penghargaan Kebudayaan Okgwan

Ni apa yang kosmo tulis dalam online tentang sebab penganugerahan tu...

“Psy dipilih bukan kerana dia telah lama menjadi artis tetapi juga disebabkannya memperkenalkan Gangnam secara meluas serta meningkatkan minat dunia kepada Korea Selatan,” kata seorang pegawai di kementerian berkenaan.

Menurut sumber lagi, katanya Gangnam di sebuah daerah yang menempatkan pusat hiburan dan pusat beli belah.

Apa-apa sajalah dunia ni. Tu cara diaorang nak beri penghargaan terhadap seni. Cara masing-masing. Aku tak rugi apa pun tulis ni. Kongsi je... Bukan Kongsi Gelap ye.. Salam..

AS dah mula Berperang....

AS berperang? Dengan siapa? Menang ke kalah?

Yang sebenarnya, perang PILIHAN RAYA...

Antara yang menjadi pengundi terawal ialah penduduk kampung di Dixville Notch, New Hampshire, 30 kilometer dari sempadan Kanada. Pengundi di kampung hanya seramai 10 orang. Jadi masing-masing dapat jumlah undi sama.

Barack Obama (Parti Demokrat): 5 Undi
Mitt Romney (Parti Republikan): 5 Undi

Tempoh pengundian : 43 Saat


Pekan Hart's Location, Daerah Caroll, New Hampshire.
Jumlah Penduduk : 32 Orang

Obama : 23 Undi
Romney : 9 Undi
Gari Johnson (Lebertarian) : 1 Undi

Tempoh Pengundian : 5 minit 42 saat

Kita lihat siapa yang akan menjadi Presiden AS pada kali ini dan apa pula impaknya pada dunia memandangkan kerusi Presiden AS merupakan kerusi yang paling panas dan paling berkuasa di dunia ni. Dunia je...

Pasaran Terbuka

Aku tak faham sangat dengan dasar baru yang dibuat oleh KPM baru-baru ni. Menteri Pelajaran telah memberi kenyataan media bahawa graduan pendidikan IPTA akan diberi peluang penempatan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Kemudian, timbul pula isu di IPG. Pihak KPM telah membuat roadshow berkenaan isu pasaran terbuka ini, dan ramai yang tidak bersetuju kerana terang-terangan menggugat kedudukan dan jaminan posting GURU PELATIH IPG. Walau bagaimanapun, suara itu tidak dipedulikan dan akhirnya, PISMP Ambilan Januari 2009 menjadi perintis dasar ini. Mereka dikehendaki memohon perjawatan ke DG41 di laman jobsmalaysia dan menunggu untuk panggilan temuduga. Maknanya MENGANGGUR lah dulu bakal-bakal guru ni...

Terimbas kembali saat aku pertama kali nak isi borang online... Mengikut nasihat guru-guru. Kamu isi lah, dah dapat masuk maktab nanti senang, belajar percuma, dapat elaun, dah habis belajar nanti, terus dapat kerja.

Belajar percuma? Betul... Dapat Elaun? Betul... (harap-harap sampai tamat pengajian... Terus dapat kerja? Kena semak balik la jawabnya...

Tinggal 2 semester je lagi aku akan tamatkan pengajian aku... Sudah 4 1/2 Tahun aku kat sini, belajar separuh mati dari 8 pagi sampai 5 petang, kadang-kadang sampai 7 malam. ada jugak datang semula malam untuk sambung kelas. pergi praktikum. pergi aktiviti luar. pergi program sana-sini. Dengan harapan, tamat je belajar nanti, aku akan terus masuk ke sekolah, mengajar dan menyebarkan ilmu yang aku ada untuk bakal-bakal murid.

Namun, setelah isu ini timbul. harapan.... harapan menjadi layu.... Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya RIBUT Petir Taufan di tengah hari... Tinggal Doa dan Tawakal pada Allah SWT saja supaya dipermudahkan rezeki aku dah sahabat-sahabat yang telah berhempas pulas dalam KURSUS PRAPERKHIDMATAN ini setelah sekian lamanya semata-mata untuk menjadi seorang guru. Ya. seorang guru. KENAPA seorang guru? sebab kursus yang diikuti pun IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN... Khas untuk bidang perguruan sahaja... (Kalau aku silap, tolong betulkan)

Mak, saya harap doa mak supaya saya menjadi seorang guru akan dimakbulkan Allah SWT... Semoga Dia mendengar doa mak..

Ingatlah wahai-wahai insan yang berkenaan. Anda menyukarkan rezeki orang lain, rezeki anda pula yang akan ditarik nanti. Beringatlah...

Semester 6 berakhir

5 November 2012 - Kertas Peperiksaan terakhir yang aku hadapi pada semester 6 ini. Sangat sukar. Dan sangat ketara aku telah kehilangan markah akibat kecuaian dan keyakinan aku yang melampau.

Salam kepada pembaca (jika ada). lama sudah tidak menulis di blog ini. Dah bersarang dah labah-labah.

Hari ini, 7 November 2012, jam 1.31 pagi, aku masih lagi mengadap komputer kecil ni, teringatkan blog ini, dan cuba menukar template dinamik yang baru ni... cuba dulu. kalau tak suka, tukar lagi..

Jadi, ni rangkuman semester lepas.. semester 5..

Aku telah berpraktikum di SK Seri Setia, KL. Masa tu aku kena ajar subjek BM. Aku bersama dengan 3 orang lagi geng IPG, Major BM jugak. Tidak kusangka, ada juga seniorku yang berada di sana. Jumlah geng2 IPG aku saja, 8 orang. Tu tak termasuk lagi IPG lain. Total : Berbelas-belas.

Ditakdirkan aku ngajo budak tahun 3. Aktif sangat. Aku bagi penangan aku, Super Saiya... Muka nak garang, Suara Mau Macam Anuar Zain, Baru budak takut...Hehehe...
Tup..tup.. sebulan berlalu. macam tak ngajo je... pejam celik, pejam celik, dah habis praktikum. Natijahnya, aku dapatlah cukup makan je praktikum. Nak buek camno, itu jo den mampu....

Sem 6....

Praktikum fasa 2 di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong.

Jauh jugak lah nak menapak dari rumah nak ke sekolah. Ni semua gara2 unit praktikum... Nak bagi jauh-jauh... Kesian kat Pensyarah, kena pandu kereta jauh-jauh semata-mata nak pantau 1 jam saja... Kali ni aku kena ngajo Tahun 4 Anggerik. Guru Besar bagi aku waktu ngajo maksimum, 12 jam termasuk Major BM dan Elektif 2 Kesenian dan Persuratan Melayu. Tak ada langsung waktu rehat dalam seminggu, tiap-tiap hari duk ngadap buku hijau rancangan pengajaran harian. Macam dah master je... Dapat pulak pensyarah otai di IPG. Pakar Sintaksis... Kecut perut jugak dapat tahu. Tapi bersyukur sebab akhir praktikum, markah insyaAllah dapat yang terbaik. Maklum balas yang diterima daripada Pensyarah dan Sekolah sangat memberangsangkan.

Balik ke IPG...

Hampir sebulan mengorbankan masa dan tenaga demi subjek @ kursus teater kanak-kanak bertajuk Si Leman. Dah dipentaskan pada 16 Oktober 2012 baru-baru ni di dewan keramat Za'ba... Aku pegang watak pembantu hero. Cuak jugak sebab tak pernah berlakon. Masa latihan, muka nak serius, tapi kaku. tak ada penghayatan langsung. takde feel....

Itulah sedikit sebanyak ttg pengalaman tahun ni. InsyaAllah, lepas ni cuba untuk tulis benda-benda baru kat sini, walaupun mengarut, tapi untuk puaskan hati sendiri je... asalkan blog tak berhabuk...

Jun 16, 2012

Hotel Di Bukit Bintang

Anda berada di Kuala Lumpur? Mencari hotel untuk menginap? Bajet rendah? Saya cadangkan anda sebuah hotel yang murah, lokasi yang strategik dan selesa untuk anda menginap. Cube Boutique Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur adalah sebuah hotel bajet yang bertempat di Bukit Bintang. Lokasinya sangat strategik. Berdekatan dengan Berjaya Times Square, 10 minit berjalan kaki ke Lot 10 dan Pavilion, 10 minit ke ChinaTown dan beberapa lagi pusat beli belah yang besar di sekitarnya. Hotel ini menyediakan bilik untuk seorang hingga 5 orang satu bilik. Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik ialah TV Flat Screen, Hot and Cold Shower, Towel, Hair Dryer dan yang paling penting ialah FREE WIFI untuk sesiapa yang gilakan internet dan mempunyai IPAD, Smart Phone yang canggih2 tu kan. Harga untuk satu bilik serendah RM90 hingga RM300 semalam. Kalau lebih daripada 1 malam, boleh dapat diskaun. Bergantung kepada berapa malam korang nak menginap. Tapi HOTEL NI TAK SEDIAKAN SARAPAN. Lagipun, korang boleh dapatkan pelbagai pilihan resroran dan makanan yang sedap di sekitar Bukit Bintang. Untuk tempah hotel ni, boleh tempah terus dengan hotel melalui telefon. Boleh juga tempah online melalui website hotel : www.cubehotel.com.my. dan beberapa website lain seperti booking.com, asiarooms.com, asiawebdirect.com, latestays.com dan juga agoda.com. Setiap website menawarkan harga yang berlainan bergantung kepada setakat mana diaorang nak tawarkan pada korang... Anyway, aku letak beberapa gambar untuk tatapan korang semua.