Sep 20, 2011

Parti Lanun

Parti Lanun yang ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai lebih 50 anggota menang 15 kerusi dalam pilihan raya Parlimen Berlin, lapor sebuah akhbar semalam.

Parti itu menang sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.

Ia pada asalnya berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.

p/s : Pergh. Parti Lanun tuh... Lepas ni Parti apa pulak?

Baca lebih lanjut di Kosmo, 20 Oktober 2011

Insurans Penumpang Bas, Apa kata anda?

Baru-baru ini diumumkan tentang insurans yang perlu dibeli oleh penumpang untuk menaiki bas. pengusaha bas menafikan tomahan beberapa persatuan ngo dan individu yang mengatakan bahawa pengusaha bus ini cuba untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu. jadi, adakah selama ini penumpang yang menaiki bas tidak dilindungi insurans? kenaikan harga tiket selama ini hanyalah untuk membayar gaji kakitangan syarikat bas, infrastruktur bas dan menampung kenaikan harga minyak? hurm. entahlah.. anda semua fikirlah sendiri. tidak salah untuk membuat tafsiran sendiri dan memberi pendapat.

nak tahu lebih lanjut, klik tajuk di atas...

sumber : Kosmo, 20 September 2011

Gejala EMO? Apa tu?

Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Sumber : Kosmo, 20 September 2011

Aug 24, 2011

PBS 4

Salam Sejahtera kepada para pembaca (kalau ada)

Entri pada kali ini, saya akan memuatkan kisah PBS Fasa 4 yang saya jalani di sebuah sekolah di kawasan Hulu Langat..

Ini adalah kali ketiga saya menjalankan PBS di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan 2 antaranya pada bulan puasa. Sengaja dipilih sekolah sekitar ini kerana ingin mendapatkan pengalaman langsung sebelum menjalankan praktikum untuk semester hadapan. Jadi, dapatlah gambaran tentang perangai murid, cikgu dan juga karenah pentadbiran. Walaupun tidak sama, namun ada juga purata kesamaan itu... Mungkin kerana suasana persekitaran murid dan guru yang hampir serupa.

PBS kali ini memerlukan saya untuk menyiapkan tugasan berkenaan dengan program nilam, pengkhususan kepada bahan karya kreatif. Kemudiannya, kena pula temubual guru dan murid tentang pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber bahan itu tadi..

Sepanjang 2 hari berada di sekolah ini, 6 orang murid dan 3 orang guru bahasa Melayu telah ditemu bual. Maklum balas yang diperolehi agak memberangsangkan. Boleh dikatakan penglibatan murid dalam menggunakan bahan karya kreatif seperti pantun dan sajak dan novel sebagai bahan bacaan sangat tinggi. sehinggakan ada seorang murid tahun 3 mempunyai sebanyak 15 novel di rumah. Baca atau tidak, Wallahu a`lam... tak tahu lah kan.. katanya baca....

Saat ini, saya sedang berada di dalam PSS sekolah untuk mencari buku2 tentang di atas itu untuk dimasukkan dalam laporan PBS ini... Saja, melepaskan lelah sebentar selepas diminta menggantikan guru PK semasa mata pelajaran seni.. Berjaya juga mengawal kelas.. Lulus ujian kawalan kelas di situ...heheeh...

Kawan-kawan PBS yang lain bagaimana hendaknya? Adakah anda sudah menyiapkan tugasan anda? Ataupun sibuk meminta GB untuk memberi anda kelas untuk digantikan? Pandangan saya, tidak perlu untuk kita sibuk meminta kelas untuk digantikan, melainkan kita yang diminta untuk menggantikan... Kerana kita tiada lesen lagi untuk mengajar, silap ajaran, lain pula jadinya... Sabar ye... Nanti semasa praktikum, mintalah GB beri kelas sepanjang hari untuk diajar... Masa tu, ajar lah puas2...hehehe...
gurau2 sepanjang bulan puasa ni... jangan marah ye....

Salam....

Jun 8, 2011

Denda RM50 kata kesat pada Polis!

Kepada semua rakan pembaca sekalian, ini adalah peringatan kepada anda dan diri saya sendiri supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat, bukan sahaja kepada penguatkuasa awam tetapi kepada sesiapa juga.. bahkan kata-kata itu tidak patut dikeluarkan sama sekali.

Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Tidak perlu nak rasuah atau segalanya sekiranya kita melakukan kesalahan dan bernasib malang ditahan di mana-mana. Sekiranya anda tahu, jika kita berbudi bahasa, mereka boleh memaafkan kesalahan kita jika tidak serius (sekadar pendapat, tidak merujuk kepada mana-mana). Hal ini kerana mereka adalah manusia juga, dan mempunyai budi pekerti dan perikemanusiaan juga.

Baca ini sebagai peringatan...

Angkara kata-kata 'polis bodoh' gadis kena denda RM50
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis pekerja butik yang didapati bersalah mengeluarkan perkataan 'polis bodoh' terhadap seorang anggota polis dikenakan hukuman denda sebanyak RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Nur Shafa Watiha Wahab, 20, yang memakai baju kurung biru kelihatan tenang ketika keputusan kes dibacakan oleh Majistret Noor Adila Abd. Latif.

Peguam tertuduh, Mohd. Hayyatuddin Muhamad dalam pembelaannya memohon mahkamah memberi peluang kepada tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum itu.

"Setiap kesalahan yang dilakukan tidak akan lepas daripada undang-undang namun saya memohon mahkamah melihat fakta mengenai kejadian melibatkan polis berpakaian preman itu," kata Mohd. Hayyatuddin.

Terima kasih kepada Kosmo! atas berita yang disampaikan....

Bahana Pembedahan Plastik....

Kepada Kaum Wanita di luar sana... Baca petikan Kosmo! online ini untuk peringatan kepada anda tentang betapa bahayanya pembedahan plastik... tak kiralah bahagian mana sekalipun....

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah.

Nak tahu berita lanjut?... belilah akhbar Kosmo!... (bukan mempromosi, tak dibayar pun..sekadar berkongsi)

Jun 6, 2011

Sukma!! Terengganu Cemerlang

Kosmo! hari ini menyiarkan...Korang baca je lah ek...

PENYANDANG juara, Terengganu muncul sebagai pendahulu dalam kutipan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 selepas berjaya mengutip 11 pingat emas semalam.

Secara empat hari temasya Sukma berlangsung, Terengganu berjaya mengumpul 20 pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa.

Acara judo menjadi penyumbang utama dalam pungutan pingat buat Terengganu apabila enam pingat emas dikutip menerusi acara itu dan lima lagi pingat emas dalam acara kenu.

Johor berada di tangga kedua setelah mengumpul keseluruhan 11 pingat emas, 10 perak dan empat gangsa.

Negeri Sembilan kekal menduduki tempat ketiga dengan kutipan 10 pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa.

Dalam acara kenu semalam, kelibat pendayung dari Terengganu, Siti Rajiah Ali ternyata mencuri tumpuan.

Sepanjang tiga hari acara tersebut dipertandingkan di Kompleks Sukan Air Putra- jaya, Siti Rajiah tampil cemerlang apabila membawa pulang enam pingat emas secara keseluruhannya.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan pendayung berusia 21 tahun itu membawa pulang pingat emas terbanyak dalam acara kenu pada temasya kali ini.

“Saya gembira dengan kejayaan yang diperoleh kali ini tetapi sedikit kecewa kerana gagal menyamai penca- paian yang saya lakar pada Sukma di Melaka tahun lalu.

“Ketika itu, saya berjaya meraih tujuh pingat emas, namun tahun ini hanya enam pingat emas sahaja,” kata Siti Rajiah.

Atlet tersebut berjaya mengutip dua emas semalam menerusi acara K1 200 meter wanita dengan catatan 55.191 saat, manakala satu lagi pingat emas diper- olehnya dalam acara K4 200 meter menerusi gandingan bersama Abidah Nor Azaha, Norazlina Tajudin dan Nurul Farahim Wahab dengan catatan 47.909 saat.

Terdahulu, pendayung kelahiran Marang itu memperoleh pingat emas menerusi acara K1 1000 meter, K4 1000 meter, K1 500 meter dan K4 500 meter.

Sementara itu, rakan-rakan sepasukan Siti Rajiah turut cemerlang apabila menyumbangkan tiga lagi pingat emas.

Tunang pun dah dibatalkan ikut SMS!!!

Ingatkan kahwin je yang ada cerai guna sms...Putus Tunang pun pakai sms... Perempuan tu sendiri pulak tuh.. Aku tak nak cakap banyak, korang baca je lah ye...

Terima kasih Kosmo!

KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Melaka Warta Zon Bebas Merokok

Menurut akhbar Kosmo! pada hari ini, Kerajaan Melaka telah mewartakan lima zon bebas merokok. Syabas!!!

MELAKA - Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini semalam.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Menurut beliau, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

KL, Terengganu, Bila lagi nak wartakan zon itu?(Bukan zon pengangkutan awam dan pusat beli belah sahaja)..

Kami dah tak larat nak jadi perokok pasif..!!

MEROKOK MEMBUNUH DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN!!!

Jun 5, 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum...

Baru je balik dari kerja... start dari tengah hari tadi sampai kul 10 malam ni...
Tidak ada apa pun yang nak diceritakan... Rutin harian aku seperti biasa sahaja.

Ha... Baru teringat... Aku ada terbaca pasal satu klip Video.. ntah sape tah penyanyi tu... tajuk lagi Marilah ke apa ke.. tapi yang aku ingat pelakon video klip tu Asmara... pelakon dalam cite Asmara yang top tuh...

Teruk juga komen-komen yang dilemparkan, malahan cacian pun ada. Ni gara-gara klip video tu ala-ala keBaratan gitu.... scene 18sx ada.. Tapi rasanya 10 peratus je kot..

Menurut Kosmo!..., pelakon tu kata dia setuju sebab pengarahnya, Gambit tuh, mengatakan bahawa video klip ini untuk pasaran antarabangsa, bukan untuk Malaysia, tapi ntah macam mana dah tersesat dalam Youtube...Penyanyi dia pulak bukan melayu atau islam... Tu yang kecoh...

Tapi apa-apa pun, pada sesiapa yang nak menilai, tilik dan cermin diri sendiri dulu sebelum mengutuk atau mencaci orang lain... Kang tak pasal-pasal diri sendiri yang dapat....

Sekian...Ikhlas...

Jun 4, 2011

Cuti...

Assalamualaikum...

Selamat Sejahtera kepada mana-mana pelayar blog yang membaca entri ini pada kali ini.

Sudah seminggu cuti semester ini dilalui dengan hanya bekerja... Ini akan berlanjutan selama seminggu lagi sehingga Ahad akan datang.

Rakan-rakan pelatih semuanya sudah selamat sampai di kampung halaman masing-masing. Namun tidak dinafikan bahawa ada juga yang tinggal di perantauan untuk bekerja. Samalah kita ye...

Bagi yang dah ada di kampung, isilah masa yang terluang dengan sebaiknya. Mungkin boleh bekerja sementara menunggu cuti semester tamat. Masih ada dua minggu. Jangan pula pergi merempit dan mencari pasal di mana-mana. Lagipun, apabila mula semester baru nanti, elaun mesti lambat sedikit, daripada kita menyusahkan ibu dan bapa mengeluarkan duit, apa kata kita berusaha sendiri dan merasa susah senang dalam menyara kehidupan. Ini sebagai pengalaman dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.

Baiklah, setakat ini dahulu. Untuk entri yang akan datang, bergantung kepada isu semasa. Sekian...

May 26, 2011

Merdeka!!!

Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih pada semester ini. Tanggungjawab untuk belajar, menghadiri kuliah, menyelesaikan kerja kursus dan terakhir iaitu peperiksaan semester.

Nampaknya setelah dihitung, dikira, dan ditimbang, semester ini hampir sama macam semester lepas. BELAJAR PADA SAAT AKHIR!!!. Perkara itu perlu diubah supaya kejadian beberapa tahun sebelum ini tidak berulang.

Tip biasa :

1. Hadir dan fokus semasa kuliah.
2. Buat catatan semasa kuliah.
3. Selesaikan ISL @ Ulangkaji selepas selesai sesuatu tajuk.
4. Jangan amik mudah kerja kursus.

Perkara yang pertama tu dah ditunaikan, tapi fokus tu 50% je.... Catatan pun dah buat, tapi CINCAI. ISL separuh buat rujukan separuh tiru.. macam mana tuh... Ulangkaji lepas habis tajuk kuliah, memang jarang sangat buat. Kerja kursus, bagi masa sebulan, seminggu nak hantar baru buat. Susah betul...

Kawan-kawan macam mana?.. Pernah hadapi perkara sepertimana di atas?...

May 20, 2011

Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum..

Kepada pembaca (kalau ada yang bacalah kan). Minggu ni merupakan minggu peperiksaan. Untuk semester 3 ini, aku menghadapi 5 kertas peperiksaan dan satu komputer peperiksaan. Pelik kan. ada jugak komputer peperiksaan. tu untuk kursus komputer yang kena amik sem ni.. maklumlah, sekarang ni semua nak canggih, guna teknologi untuk mengajar. nanti taklah murid kata cikgu ni ketinggalan zaman.

Setakat ni, dah 2 kertas dah hadap, Hubungan Etnik dan PBDT, satu lagi Komputer PBK. Jadi, tinggal 3 lagi, AF (Anatomi dan Fisiologi) untuk jadi doktor PJ, Kritikan Sastera (keje nak kritik sastera orang je, sendiri punye belum tulis pun lagi)dan juga BM (Pengayaan Pemulihan Sek Ren), maklumlah, nak jadi cikgu BM....

Sekarang ni, semua sibuk cari tajuk spot, subtopik spot. paling extrem nak soalan bocor spot ngan jawapan sekali. terus tak yah amik exam... jadi macam kuiz dah...

Nak bagi pandangan sket lah kan. Katanya IPG nak setaraf universiti. Untuk Penilaian, kita ada kerja kursus (KKP tuh), amali lagi, lepas tuh tambah lagi exam untuk setiap semester. apa kata untuk subjek teras tuh, cukup sekadar kerja kursus dan mungkin boleh buat kuiz untuk pemarkahan. manakala untuk major dan minor, sudah tentu kerja kursus projek yang sebulan tuh dengan exam untuk pemarkahan. jadi, takdelah berat sangat otak ni nak study. bukan kata subjek teras tak penting, tapi biarlah bakal2 cikgu ni sekarang fokuskan pada apa yang bakal mereka ajar, iaitu major dan minor tersebut kan.

Itu sekadar pandangan peribadi je lah. jangan ada yang tembak lak.. Masing2 ada pandangan masing2.

Apa-apa pun, Selamat Berjaya kepada Bakal-bakal Guru... tak terlambat ucap Selamat Hari Guru 2011. Guru Penjana Tranformasi Negara.

Tranformers




Seorang pereka muda AS di Massachusetts, umur 17 tahun, Benjamin Gulak telah mencipta motorsikal berkuasa elektrik ala robot (tranformers). Katanya untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya.Dikatakan bahawa motor itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike @ U3.

Ilham penciptaan motor itu diperoleh hasil lawatannya bersama bapa ke China.

Motor tersebut boleh disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif.

Feb 11, 2011

DBless, Egnius, Dgnius



d~bless
Merupakan makanan berfungsi berasaskan perubatan homeopati untuk membina dan merawat kesihatan secara menyeluruh (General Health).
Butiran Produk :
90 tablets
Harga :
W.M = RM 76
E.M = RM 83




D`MENSA g’nius & E`MENSA g’nius
• Makanan berfungsi memberi nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak untuk membangunkan fungsi-sel-sel otak. Produk berasal dari German dan diberi hak kepada DCL untuk memasarkan di Negara-negara Asia.

•Keistimewaan :

1.Diformulasikan berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa serta gabungan garam tisu. TIADA BAHAN KIMIA.

2.Berpotensi untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan fungsi hati, dan pembinaan sel-sel darah.

Kelebihan Produk E’MENSA GNIUS (DEWASA)
o Mencerdaskan minda
o Menguatkan daya ingatan
o Menambah daya kreativiti (subjektif)
o Mengatasi masalah stress
o Meningkatkan selera makan
o Meningkatkan system imunisasi tubuh.

BUTIRAN PRODUK :
90 tablets
W.M = RM 48
E.M = RM 53

Kelebihan Produk D’MENSA GNIUS (KANAK-KANAK)
o Menambah daya tenaga mental
o Merawat masalah saraf dan mental (takut, cemas dan runsing)
o Meningkat selera makan
o Lain-lain sama seperti E’MENSA

BUTIRAN PRODUK
80 tablets
W.M = RM 39.50
E.M = RM 41.50