Nov 7, 2012

Pasaran Terbuka

Aku tak faham sangat dengan dasar baru yang dibuat oleh KPM baru-baru ni. Menteri Pelajaran telah memberi kenyataan media bahawa graduan pendidikan IPTA akan diberi peluang penempatan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Kemudian, timbul pula isu di IPG. Pihak KPM telah membuat roadshow berkenaan isu pasaran terbuka ini, dan ramai yang tidak bersetuju kerana terang-terangan menggugat kedudukan dan jaminan posting GURU PELATIH IPG. Walau bagaimanapun, suara itu tidak dipedulikan dan akhirnya, PISMP Ambilan Januari 2009 menjadi perintis dasar ini. Mereka dikehendaki memohon perjawatan ke DG41 di laman jobsmalaysia dan menunggu untuk panggilan temuduga. Maknanya MENGANGGUR lah dulu bakal-bakal guru ni...

Terimbas kembali saat aku pertama kali nak isi borang online... Mengikut nasihat guru-guru. Kamu isi lah, dah dapat masuk maktab nanti senang, belajar percuma, dapat elaun, dah habis belajar nanti, terus dapat kerja.

Belajar percuma? Betul... Dapat Elaun? Betul... (harap-harap sampai tamat pengajian... Terus dapat kerja? Kena semak balik la jawabnya...

Tinggal 2 semester je lagi aku akan tamatkan pengajian aku... Sudah 4 1/2 Tahun aku kat sini, belajar separuh mati dari 8 pagi sampai 5 petang, kadang-kadang sampai 7 malam. ada jugak datang semula malam untuk sambung kelas. pergi praktikum. pergi aktiviti luar. pergi program sana-sini. Dengan harapan, tamat je belajar nanti, aku akan terus masuk ke sekolah, mengajar dan menyebarkan ilmu yang aku ada untuk bakal-bakal murid.

Namun, setelah isu ini timbul. harapan.... harapan menjadi layu.... Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya RIBUT Petir Taufan di tengah hari... Tinggal Doa dan Tawakal pada Allah SWT saja supaya dipermudahkan rezeki aku dah sahabat-sahabat yang telah berhempas pulas dalam KURSUS PRAPERKHIDMATAN ini setelah sekian lamanya semata-mata untuk menjadi seorang guru. Ya. seorang guru. KENAPA seorang guru? sebab kursus yang diikuti pun IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN... Khas untuk bidang perguruan sahaja... (Kalau aku silap, tolong betulkan)

Mak, saya harap doa mak supaya saya menjadi seorang guru akan dimakbulkan Allah SWT... Semoga Dia mendengar doa mak..

Ingatlah wahai-wahai insan yang berkenaan. Anda menyukarkan rezeki orang lain, rezeki anda pula yang akan ditarik nanti. Beringatlah...

1 comment:

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.