Jun 8, 2011

Denda RM50 kata kesat pada Polis!

Kepada semua rakan pembaca sekalian, ini adalah peringatan kepada anda dan diri saya sendiri supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat, bukan sahaja kepada penguatkuasa awam tetapi kepada sesiapa juga.. bahkan kata-kata itu tidak patut dikeluarkan sama sekali.

Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Tidak perlu nak rasuah atau segalanya sekiranya kita melakukan kesalahan dan bernasib malang ditahan di mana-mana. Sekiranya anda tahu, jika kita berbudi bahasa, mereka boleh memaafkan kesalahan kita jika tidak serius (sekadar pendapat, tidak merujuk kepada mana-mana). Hal ini kerana mereka adalah manusia juga, dan mempunyai budi pekerti dan perikemanusiaan juga.

Baca ini sebagai peringatan...

Angkara kata-kata 'polis bodoh' gadis kena denda RM50
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis pekerja butik yang didapati bersalah mengeluarkan perkataan 'polis bodoh' terhadap seorang anggota polis dikenakan hukuman denda sebanyak RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Nur Shafa Watiha Wahab, 20, yang memakai baju kurung biru kelihatan tenang ketika keputusan kes dibacakan oleh Majistret Noor Adila Abd. Latif.

Peguam tertuduh, Mohd. Hayyatuddin Muhamad dalam pembelaannya memohon mahkamah memberi peluang kepada tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum itu.

"Setiap kesalahan yang dilakukan tidak akan lepas daripada undang-undang namun saya memohon mahkamah melihat fakta mengenai kejadian melibatkan polis berpakaian preman itu," kata Mohd. Hayyatuddin.

Terima kasih kepada Kosmo! atas berita yang disampaikan....

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.