Jun 6, 2011

Sukma!! Terengganu Cemerlang

Kosmo! hari ini menyiarkan...Korang baca je lah ek...

PENYANDANG juara, Terengganu muncul sebagai pendahulu dalam kutipan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 selepas berjaya mengutip 11 pingat emas semalam.

Secara empat hari temasya Sukma berlangsung, Terengganu berjaya mengumpul 20 pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa.

Acara judo menjadi penyumbang utama dalam pungutan pingat buat Terengganu apabila enam pingat emas dikutip menerusi acara itu dan lima lagi pingat emas dalam acara kenu.

Johor berada di tangga kedua setelah mengumpul keseluruhan 11 pingat emas, 10 perak dan empat gangsa.

Negeri Sembilan kekal menduduki tempat ketiga dengan kutipan 10 pingat emas, enam perak dan sembilan gangsa.

Dalam acara kenu semalam, kelibat pendayung dari Terengganu, Siti Rajiah Ali ternyata mencuri tumpuan.

Sepanjang tiga hari acara tersebut dipertandingkan di Kompleks Sukan Air Putra- jaya, Siti Rajiah tampil cemerlang apabila membawa pulang enam pingat emas secara keseluruhannya.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan pendayung berusia 21 tahun itu membawa pulang pingat emas terbanyak dalam acara kenu pada temasya kali ini.

“Saya gembira dengan kejayaan yang diperoleh kali ini tetapi sedikit kecewa kerana gagal menyamai penca- paian yang saya lakar pada Sukma di Melaka tahun lalu.

“Ketika itu, saya berjaya meraih tujuh pingat emas, namun tahun ini hanya enam pingat emas sahaja,” kata Siti Rajiah.

Atlet tersebut berjaya mengutip dua emas semalam menerusi acara K1 200 meter wanita dengan catatan 55.191 saat, manakala satu lagi pingat emas diper- olehnya dalam acara K4 200 meter menerusi gandingan bersama Abidah Nor Azaha, Norazlina Tajudin dan Nurul Farahim Wahab dengan catatan 47.909 saat.

Terdahulu, pendayung kelahiran Marang itu memperoleh pingat emas menerusi acara K1 1000 meter, K4 1000 meter, K1 500 meter dan K4 500 meter.

Sementara itu, rakan-rakan sepasukan Siti Rajiah turut cemerlang apabila menyumbangkan tiga lagi pingat emas.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.