Jan 20, 2009

boikot?...

Gaza merana akibat kerakusan rejim zionis Israel Laknatullah...
seluruh dunia hanya mampu mengecam....

namun adakah dengan mengecam akan mampu menghentikan serangan setan-setan bertopengkan manusia tue..

tealh banyak yang aku baca...kebanyakkan negara Islam hanya mampu mengecam dan mengutuk tindakan Israel Laknatullah..
namun adakah tindakan susulan?.

Terbaru di Malaysia, kerajaan mengeluarkan usul untuk memboikot barangan keluaran US dan Israel Laknatullah.. setakat mana ia mampu berjaya...

pada pandangan aku yang tak berapa tahu ttg ekonomi....
untuk apa rakyat memboikot produk terbabit sedangkan negara telah megalirkan wang ke dalam negara mereka dengan membayar import kepada mereka...sama seperti kita sendiri telah mengalirkan wang kepada mereka...

setelah barangan berada di dlam negara kita, barangan itu adalah hak kita kerana kerajaan kita telah membeli produk itu.... 
jadi, sama seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ia berjalan mengereng...

sepatutnya, kita tidak harus mengimport barangan yang terbabit dari awal lagi..sekat barangan itu di pelabuhan daripada masuk ke dalam negara... 

lagi mudah, kosongkan barangan yang terbabit daripada rak-rak di pasaraya... 

jadi paabila tiada brangan, tiada lah pembelinya...

sekarang, kita kembali kepada dunia nyata...
kita memboikot sekadar untuk menunjukkan kita perihatin..
tapi apa gunanya kita memboikot sedangkan kerajaan kita sendiri menggunakan barangan negara terbabit...

bayangkan berapa banyak produk pejabat keluaran negara luar.
jangan kita fikir negara terbabit hanya mengeluarkan produk barangan asas sahaja..
fikir logik lah...

kita telah lama dijajah minda...tunggu masa nak jadi macam Gaza je...
kita banyak mengadaptasikan kebudayaan barat baik dari segi pemakaian, pentadbiran dan sekarang ni, rakyat mula mengagungkan negara barat...

dari segi hiburan, bagaimana artis barat dengan mudah mendapat tempat untuk menjalankan konsert di dalam negara kita sedangkan artis tempatan sangat sukar untuk mendapat market dalam negara sendiri...
  
fikirlah bagaimana kita dijajah dari segi pemikiran...

wahai manusia dan umat islam khususnya,,,,, kembali kepada alam nyata...fikir dan bertindak sebelum kita menjadi seperti Gaza...

jangan lupa untuk kita melakukan solat hajat dan mendoakan supaya roh-roh saudara kita bersemadi dengan tenang dan ditempatkan di tempat yang mulia di akhirat kelak...
sumbangan tidak semestinya dengan wang..cukup sekadar bersolat hajat dan berdoa kepada Allah S.W.T... salam...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.