Jan 19, 2009

Kisahku...

Salam kepada sesiapa sahaja yang "view" blog nie...
kehadiranku bukan untuk menyemakkan lagi ruang blog yang semakin banyak, namun sekadar untuk mencari rakan untuk dijadikan sebagai peneman hidup untuk berkongsi segalanya (bukan peribadi)....

sejarah mengajarku mengenal dan merenung kembali siapa aku sebenarnya..
aku adalah ciptaan Allah S.W.T yang diciptakan daripada titisan air mani yang hina(sifat sebenar jika diketahui umum). telah ditakdirkan untuk aku dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.
sejak kecil aku telah dipelihara sebagaimana anak-anak kecil yang lain.

aku juga ditakdirkan untuk dilahirkan dalam keluarga yang sederhana...kehidupan yang sebegini menuntutku untuk tidak terlalu bergantung untuk mendapat apa sahaja sewenangnya dalam kehidupan ku...itu adalah lampau..

SPM 2006 sepatutnya menjadi platform untukku berjaya dan cemerlang. Namun sebaliknya yang berlaku, aku mendapat keputusan yang agak memeranjatkan para guru dan juga ibubapaku...

Syukur Allah masih menyayangiku, aku berjaya mendapat tempat di sebuah pengajian tinggi di Melaka dalam bidang yang mungkin sesuai dengan diriku (kata guruku). baru sahaja beberapa minggu, aku telah mengenali seorang gadis yang kini menjadi peneman hidupku...mungkin saja bakal isteriku.....Jodoh....

setelah setahun, aku telah berhenti pengajian...atas sebab2 yang tertentu...aku memohon pula untuk meneruskan kerjayaku dalam bidang pendidikan..permohonanku berjaya dan temudugaku berjalan lancar...aku diterima masuk ke sebuah IPGM di Kuala Lumpur...

14 Julai 2008, tarikh aku mendaftar masuk ke IPG...semester pertama berjalan lancar.... terdetik di hati, "kalaulah aku mengikuti temudugaku yang pertama pada tahun 2007, sudah tentu aku berada di sini dan mungkin sekarang semester yang ketiga bagiku"...

namun, aku tidak perlu menyesal kerana mungkin takdir yang menetapkan hidupku sebegini...

Sekarang, aku berada di Semester ke-2 Persediaan sebelum memasuki Peringkat Ijazah..
aku telah melalui pengalaman yang agak memerlukan persediaan mental dan fizikal sepanjang semester pertama..Karenah rakan, pensyarah, pihak pentadbiran..dan juga teman hidupku yang mungkin kurang mengerti kerana aku meninggalkannya sendirian di Kampus lamaku..

Masa depanku yang tercatat di sebuah kertas menjanjikan kerjayaku sebagai seorang pendidik.
aku bakal menggalas tanggungjawab yang besar.. tercatat pahala dan dosa yang mungkin menjadi igauan aku sepanjang masa.. salah didikan, aku yang berdosa. jika ilmuku diguna sepanjang zaman, mungkin pahalaku bercambah....Allah sahaja yang tahu...

aku harap hari yang mendatang akan lebih mematangkanku dalam realiti kehidupan ini..Janganlah Allah menarik kembali kehidupanku sebelum aku benar2 bersedia untuk meninggalkan destinasi sementara ini...

kepada pembaca blog ini, doakan agar aku berjaya dan aku juga mendoakan kalian.walau siapapun kalian, kalian tetap sahabatku..

Bakal Pendidik....

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.