Jan 19, 2009

P/S kepada rakan...

hidup hanya sementara!...
berkawan biar beribu, bercinta biar satu..
namun cinta yang abadi (kepada ALLAH S.W.T)

janganlah kita leka dibuai arus keseronokan dunia...
janganlah kita leka dengan pujian hipokrit..
yang hanya datang ketika kita dipuncak kejayaan..
yang hanya singgah di cuping telinga yang dipinjamkan...

saat kita jatuh, hanya yang setia akan menjadi peneman.
saat kita jatuh, yang datang hanya cacian.
yang paling banyak kita dengar "Sabar", "Tabah"

Sabar separuh daripada Iman....
Tidak disangkal...
Namun bagiku, Sabar itu sendiri adalah Iman...

aku menulis bukan kerana ingin menasihati...
aku menulis sekadar melunaskan hutang yang terbuku di hati...
aku menulis kerana ingin berkongsi...
aku menulis sekadar mahu luahanku diamati...

bagi yang setia, teruskanlah kesetiaan anda,
bagi yang ragu2, binalah kesetiaan anda,
bagi yang berpura2, hentikanlah perbuatan anda,
jadilah Insan Yang Setia Kepada Apa Sahaja...
Diri Anda, Ibu Bapa Anda, Rakan Anda dan Yang Paling Penting Agama, Akidah Dan Akhlak Anda...

Nukilan MoH@R

1 comment:

Sebarang komen yang membina sangat dialu-alukan oleh penulis.

Sebarang kenyataan, kata-kata yang kesat yang melibatkan undang-undang adalah di luar tanggungjawab penulis blog.

Anda bertanggungjawab atas apa yang anda kata dan lakukan.